Mahkamah Agung pada Jumaat ini mengesahkan undang-undang yang mengharamkan penggunaan TikTok di Amerika Syarika atas faktor keselamatan negara.
Pengharaman ini bakal diturunkan jika hanya syarikat induknya yang berpengkalan di China ini menjualnya kepada Amerika Syarikat atau ia perlu berhenti operasi menjelang 19 Januari 2025.
Pelupusan itu dijangka tidak berlaku kerana tarikh akhir pengharaman TikTok adalah Ahad ini, 19 Januari.
Bagaimanapun, tarikh itu hanya sehari sebelum Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden, dan pentadbiran Joe Biden telah memberi isyarat bahawa ia tidak bercadang untuk menguatkuasakan undang-undang berkenaan sebelum Trump mengangkat sumpah jawatan.
Malah, sebelum ini, TikTok telah membawa kes ke Mahkamah Agung, dan menyatakan perundangan tersebut menghalang hak kebebasan bersuara.
Namun, difahamkan hujah defendan pula mendedahkan perundangan tersebut tidak menghalang hak kebebasan bersuara kerana tiada sebarang hasrat untuk mengawal perkongsian di platform tersebut, atau menganggu algoritma TikTok.
Oleh itu, keputusan sama ada untuk mengekalkan TikTok beroperasi atau menguatkuasakan larangan itu kini terletak di tangan Trump apabila beliau secara rasmi memegang jawatan presiden.
Trump sebelum ini menunjukkan simpati terhadap TikTok menjelang larangan itu dan Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew dijadual menghadiri majlis pelantikannya, menurut laporan.
Dalam perkembangan lain, wakil TikTok turut berkata yang aplikasi ini bakal bergelap pada hari esok jika tiada masuk campur kerajaan dalam menyelesaikan isu tersebut. Harapan mereka satu-satunya pada ketika ini adalah masuk campur Trump ataupun terpaksa menjual operaisnya kepada entiti tempatan bagi menjamin boleh beroperasi seperti biasa.