Kebersihan merupakan antara faktor yang patut dititik beratkan apabila membuka kedai makan atau restoran. Pernahkah anda terbayang kehadiran tikus di kedai makan terkenal dan berada dalam pusat membeli-belah?

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @Azwinshafinaz telah berkongsi tangkap layar Instastory Sarah Shimmers yang memaparkan tikus berkeliaran di kedai makan Teppanyaki, Pavilion Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian tersebut, Sarah telah memberitahu pekerja di sana bahawa terdapat tikus tetapi tiada apa-apa tindakan dilakukan oleh pekerja tersebut. Sarah berasa kecewa kerana sewajarnya pekerja kedai itu melakukan sesuatu apabila melihat kehadiran tikus-tikus itu.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen terkejut melihat tikus berkeliaran di dapur. Malah, para netizen juga berharap pihak pengurusan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengambil tindakan agar kedai tersebut membersihkan kawasan kedai.

Bukan itu sahaja, ada juga yang secara berseloroh mengatakan sudah seperti filem Ratatouille dimana Remy iaitu tikus yang menyediakan makanan. Oleh itu, makanan tersebut rasa ‘sedap’.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan bahaya apabila ada tikus di kawasan dapur kerana boleh mengakibatkan penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis lalu membawa maut.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Tidak Tahu Kerana Tiada Dalam Kontrak’- Pelakon Drama Gay Ini Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

‘Diserang’ Kaum Bajau Laut Di Pulau Tatangan, Perkongsian Wanita Ini Buat Netizen Cemas

Sesak Diserbu Pengunjung Dan Banyak Sampah, ‘Spot’ Viral Lihat Kapal Terbang Kini Ditutup