Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) tidak lama lagi, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan mencadangkan Pulau Langkawi dijadikan ‘destinasi pilihan Muslim’.
Cadangan itu dibuat bagi bersaing dengan pulau lain yang ada di rantau ini, petik Free Malaysia Today.
“Kita tahu Langkawi mungkin sukar untuk bersaing dengan pulau-pulau lain di rantau ini.
“Kita mungkin akan memposisikan Langkawi sebagai ‘preferred Muslim destination’ supaya ia lebih ke arah kekeluargaan dan kerohanian,” katanya di Dewan Rakyat.
Apabila ditanya oleh Teresa Kok (PH-Seputeh) mengenai larangan minum arak dan memakai seluar pendek yang tidak mesra pelancong dan boleh menjejaskan kejayaan TMM2026 — Khairul berkata ‘keadaan cukup terkawal’.
Beliau menyatakan keadaan dalam terkawal selepas kementerian telah bekerjasama dengan kerajaan negeri yang menguatkuasakan peraturan sedemikian. Pada masa sama beliau meminta tidak perlu meneliti perkara remeh seperti itu.