Nama pelakon dan pelawak, Harith Iskander menjadi tumpuan ramai selepas mencetuskan kontroversi.

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil pelawak tersebut bagi mendapatkan perincian berhubung isu kontroversi berkenaan.

Baca Juga:

Memetik Astro Awani, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.

Tambahnya lagi, JAKIM juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan.

“Semua pihak diminta bertenang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan JAKIM tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang tindakan yang mempersendakan ajaran Islam serta menyinggung sensitiviti umat Islam.
“Diharapkan semua pihak dapat mengamalkan sifat hormat dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau juga meminta orang ramai menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan negara pada setiap masa.
“Ia bukanlah alasan untuk masyarakat tidak menjalani kehidupan yang harmoni dalam situasi masyarakat berbilang kaum dan agama,” jelasnya.
Terdahulu, Harith Iskander telah memuat naik hantaran menu minuman yang bertulis ‘Ham Sap Kopi’.
Pelawak itu juga menulis kapsyen secara sarkastik menyatakan ‘imannya tergugat’ apabila melihat nama air kopi tersebut dengan mengaitkan isu ‘Ham & Cheese Sandwich’ yang tular sejak beberapa minggu lalu.
Sumber