Jika sebelum ini pihak TM telah meningkatkan kelajuan internet seiring dengan janji Menteri Media dan Komunikasi, pada kali ini giliran TIME pula untuk menawarkan naik taraf internet buat para pengguna.
Melalui program terbaru TIME ini, para pengguna berpeluang menikmati internet dengan kelajuan 1Gbps dengan harga RM299 sahaja. Program naik taraf ini ditawarkan khusus buat para pengguna lama dan baru TIME dimana kelajuan 100Mbps, 300Mbps, 500Mbps ditingkatkan kepada 500Mbps, 800Mbps dan 1Gbps.
Para pengguna yang hanya sekadar menggunakan internet di rumah atau secara berseorangan, mendapatkan pakej terendah TIME dengan penawaran kelajuan 500Mbps antara yang berbaloi dengan harga RM149 sahaja.
Penawaran terbaru daripada TIME ini nampaknya jelas sekali agak berbeza berbanding apa yang ditawarkan TM dimana internet berkelajuan 100Mbps ditawarkan pada harga RM129. Diharap TIME dapat memperluaskan lagi kawasan penawaran bagi membolehkan orang ramai menikmati internet berkelajuan tinggi ini.
Baca lagi: Unifi 100Mbps Sudah Mula Ditawarkan Pada Harga RM129