Tanpa kira apa jua model kenderaan, sama ada buatan tempatan ataupun luar negara, ada segelintir pemilik kereta suka mengubahsuai beberapa komponen asal menjadi lebih sporty.
Terbaharu, warganet mempertikaikan tindakan seorang pemilik Perodua Myvi menukarkan steering asal menjadi steering sporty yang mempunyai rekaan ‘terpotong’ pada sebahagian atasnya. Steering jenis ini sering diguna pakai pada beberapa model kereta lumba, salah satunya kereta Formula 1.
Tindakan pemilik Myvi telah menarik perhatian ramai dan pelbagai reaksi telah dikongsikan oleh penguna media sosial. Ramai yang kurang bersetuju kerana perkara ini melibatkan keselamatan yang boleh menyebabkan kemalangan boleh berlaku jika steering tersebut gagal dikawal dengan baik.
Pada masa yang sama, ada segelintir kecil yang menyukainya dan menyokong pemilik Myvi tersebut kerana berani untuk menggunakan steering sporty yang unik itu. Menurut pemilik Myvi ini, anggaran kasar untuk memiliki steering sepertinya kira-kira RM2,500.
Walaupun pemilik Myvi itu menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai, namun dia tetap bertenang dan memberitahu bahawa setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza, jadi dia berpendapat tidak salah untuk dirinya mempunyai ‘taste pelik’ sedikit berbeza daripada orang lain.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, warganet masih lagi melontarkan pendapat mereka bahawa penggunaan steering jenis sporty ini tidak sesuai untuk digunakan pada kenderaan biasa kerana boleh mengundang bahaya, lebih-lebih lagi pada Myvi.
*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Seorang pengguna kawasan parkir berbayar kecewa apabila komponen keretanya dicuri semasa dia meninggalkan kenderaan untuk menaiki pengangkutan awam. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Pemilik Luah Kekecewaan ‘Catalytic Converter’ Keretanya Dicuri Di Kawasan Parkir Berbayar
Mampu Bergerak Sehingga 60KM/J, UKM Perlihatkan Dua Kenderaan Dikuasakan Tenaga Hidrogen