Sejak semalam tular satu video di manasekumpulan pelajar lelaki di sebuah sekolah di Taman Puteri Gunung, Pulau Pinang yang merosakkan harta benda sekolah di hari terakhir persekolahan mereka.
Berdasarkan video berdurasi satu minit itu, kumpulan pelajar tersebut dilihat dengan sengaja menerajang pintu tandas sehingga pecah, menjahanamkan kerusi plastik dan membengkokkan bilah kipas.
Baca Juga:
- Pinjam Untuk Konten, ‘Influencer’ Terduduk Selepas Rosakkan Ferrari LaFerrari Bernilai RM18.5 Juta
- ‘Orang Dewasa Pun Susah Jawab’ – Kesukaran Soalan KBAT Matematik Sekolah Rendah Undang Perhatian Netizen
- Berang Terima Americano Dalam Cawan Kecil, Pelanggan Ini Tengking Dan ‘Sekolahkan’ Barista
Perbuatan vandalisme itu ternyata mengundang kemarahan netizen yang melihat video berkenaan. Perangai ‘gangster’ menyusahkan pihak sekolah yang perlu membaiki kerosakan yang dibuat oleh kumpulan pelajar itu.
Tindakan pelajar itu sendiri berkongsikan tindakan mereka di media sosial sedikit sebanyak sudah menjadi bukti untuk mereka dikenakan tindakan oleh pihak berwajib.
“Tangkap sahaja semua kerana merosakkan harta benda sekolah. Kasihan pelajar junior yang mahu belajar dengan fasiliti yang telah dirosakkan oleh pelajar senior. Jenis macam ini kalau dibiarkan, nanti dah besar akan buat perkara yang lebih buru,” komen salah seorang netizen.
Menurut laporan Malaysian Gazette, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, siasatan lanjut berhubung insiden tersebut sedang dilakukan pihak sekolah termasuk memanggil ibu bapa kepada pelajar berkenaan.