Netizen akui hairan dengan tindakan influencer yang dianggap ‘influencer terpaling parenting’ berani meninggalkan anak anak mereka yang masih kecil dengan pembantu rumah selama seminggu.
Sedangkan influencer tersebut pergi ke luar negara bersama isterinya untuk makan angin atau ‘healing’.
Dan lebih lebih lagi pembantu rumah tersebut ada rekod buruk sebelum ini. Di mana influencer itu pernah menangkap pembantu rumahnya itu membawa masuk lelaki yang dipercayai teman lelakinya ke dalam rumah mereka.
Influencer tersebut baru baru ini meluahkan kekecewaannya apabila mendakwa ada rakaman CCTV anaknya dikasari oleh pembantu rumahnya. Walaupun pembantu rumah tersebut sebelum ini pernah buat hal namun mereka memutuskan untuk memberikan peluang kedua kepadanya.
Tindakan influencer itu juga membuatkan netizen mempersoalkan tindakannya. Memandangkan pembantu rumah itu memang bermasalah sebelum ini.
Seorang pengguna Facebook berkata: “Macam mana Influencer terpaling parenting boleh tinggalkan anak sampai seminggu dengan maid je dekat rumah while going to oversea dengan his wife?
“The best part is maid tu sendiri pernah ada rekod buruk sebelum ni, but still you can trust her?”
Seterusnya penulis juga menganggap kalau atas urusah kerja atau kecemasan, mungkin tindakan itu boleh diterima. Tetapi difahamkan influencer tersebut cuma jalan berdua dengan isterinya.
“Kalau pergi oversea tu atas urusan kerja ke, emergency ke boleh accept lagi. Ni setakat nak jalan berdua dengan bini, nak healing healing, nak honeymoon.
“Entah la.. sorry, i think you don’t deserve to be influencer terpaling parenting.”
Di ruangan komen, ramai ibu bapa yang turut memberikan pandangan hampir serupa.
Ada yang menyatakan, walaupun mereka ada pembantu rumah, jika keadaan memaksa untuk mereka terpaksa tinggalkan anak anak, ada yang lebih sanggup hantar dulu anak ke kampung duduk bersama datuk dan nenek mereka.
Kemudian yang lain menegaskan, mereka akan cuba sedaya upaya berusaha membawa anak mereka untuk bercuti sekali ke luar negara. Atau semua tidak pergi.
Netizen yang lain pula mengimbas kembali perkongsian influencer tersebut yang dikatakan pernah berdepan cabaran untuk mendapatkan anak. Namun setelah dikurniakan anak, influencer itu pula dikatakan sanggup meninggalkan anak dengan pembantu rumah yang pernah membawa lelaki asing.
Seorang lagi berkata: “Aku kalau pergi gerai, dalam berpanas pun semua anak aku angkut, bukan seorang, ada 5 aku angkut,” kata netizen tersebut yang menganggap mereka yang banyak duit seperti influencer tersebut takkanlah tak boleh bawa sekali anak bercuti.