Menjadi seorang suri rumah bukanlah satu tugas yang mudah dan kadangkala suri rumah juga akan rasa ‘burned out’ dengan tugasan harian mereka.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @biomedico_my telah berkongsi sebuah video memaparkan seorang wanita melakonkan situasi bagaimana dia mengemas rumah apabila berkahwin dengan suami golongan T20 dan suaminya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
Baca Juga:
- Suri Rumah Ini Jana Pendapatan 4 Angka Sebulan Hanya Jual Super Ring Di eBay
- 3 Kisah Untuk Diteladani Oleh Wanita Yang Ingin Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa
- 16 Tips Yang Anda Kena Tahu Sebelum Berhenti Kerja, Ini Pengalaman Sebenar Seorang Jurutera Yang Kini Suri Rumahtangga Sepenuh Masa
@biome_biomedico Bila suami T20 otw balik rumah #supersmarthome #biomedicomalaysia #biomedico_my #forfunonly
Menerusi video terbabit, dapat dilihat wanita tersebut menggunakan cara kreatif untuk mengemas rumah dan juga miliki ‘alatan canggih’ yang memudahkan kerjanya mengemas rumah. Bayangkan, basuh baju menggunakan mesih basuh tetapi siap pakej sudah dilipat, buka almari dengan kalkulator sebagai remote dan banyak lagi.
Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur dengan tingkah laku wanita terbabit serta mengatakan ‘berangan’ itu percuma.
Tidak hanya itu, para netizen turut kagum melihat kretiviti wanita tersebut dan juga seloroh mahukan mesin basuh yang boleh automatik lipat baju. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan.