Indonesia adalah sebuah negara yang sangat ‘awesome’. Berbagai aktiviti lasak boleh dilakukan seperti treking, panjat gunung berapi, scuba diving dan berbagai aktiviti laut.
Trip bot ke pulau komodo adalah satu aktiviti yang mesti dilakukan sekali seumur hidup. Ianya bukan bot cruise yang penuh dengan kemewahan tetapi sangat sesuai untuk backpacker yang mempunyai bajet yang terhad.
Anda boleh memulakan perjalanan dari Labuan Bajo, Flores kerana banyak ejen yang mengendalikan trip sedemikian di situ tetapi anda perlu mengambil penerbangan ke Bali dan ke Labuan Bajo dari Kuala Lumpur.
Saya memilih penerbangan ke Lombok dari Kuala Lumpur kerana ingin menjelajah 5 hari di Lombok dahulu dan kemudian berlepas dengan bot dari Labuhan Lombok dengan pengakhiran trip di Labuhan Bajo, Flores.
Harga trip berdasarkan berapa hari anda ingin berada di dalam bot dan tempat yang dilawati samada 2 hari 2 malam atau 3 hari 3 malam atau 4 hari 4 malam.
Harga bermula dari Rp 1.5 juta dan ada bot mempunyai cabin kecil yang muat untuk 2 orang (harga Rp2.5juta seorang).
Semasa perbualan di dalam pelayaran kami, ramai rakan-rakan kembara Eropah membayar harga yang berbeza antara Rp 1.5 juta hingga Rp1.8 juta.
Ini bermakna anda kena nego dengan ejen dahulu, dan ada yang quote harga termasuk dan tidak termasuk entrance fee ke National Park Komodo (berharga Rp350k).
Tujuan utama mengikuti trip ini adalah untuk menyaksikan Komodo Dragon. Hanya 5 pulau di serata dunia terdapat komodo dragon iaitu di Komodo, Flores, Padar, Gili Motang dan Rinca.
Setelah 5 hari di Lombok, kami memulakan perjalanan dari Labuhan Lombok dengan menggunakan ejen Kencana.
Apa yang disediakan:
1. 3 kali makanan sehari dan 1.5L air seorang. Makanan hanya masakan ala kadar dan saya sendiri tak larat menikmatinya.
2. Kopi dan teh disediakan setiap masa.
3. Life jacket ada di dalam bot.
4. Peralatan snorkeling yang usang (saya cadangkan anda bawa sendiri).
5. Tempat tidur berkongsi sesama pengembara lain lelaki dan perempuan dengan tilam foam dan selimut nipis.
Aktiviti:
1. Lawatan ke Pulau Komodo
2. Snorkeling di Manta Points untuk menyaksikan manta rays.
3. Pink beach
4. Pulau Moyo dan Satonda
5. Danau air laut.
6. Air terjun
7. Snorkeling
8. Berenang
9. Treking ke puncak gili laba
10. Berkenalan dengan bule
11. Tidur dan tidur
Baca: Pengalaman Saya Buat Tuntutan Daripada Travel Insurans Selepas Kemalangan Di Luar Negara
Bas ke Labuhan Lombok diisi dengan penumpang dan barangan makanan terutamanya minuman keras Bintang bir. Sebenarnya minuman keras tidak dibenarkan oleh Coast Guard didalam bot tetapi mereka seludup masuk kerana ada demand harga tinggi oleh bule semasa pelayaran.
Semua ruang kosong diisi barangan. Grup kami terdiri 3 orang dari Malaysia, 2 dari Indonesia, 2 dari Spain, 5 dari UK, 1 dari Germany, dan 5 dari Italy. Crew Indonesia berjumlah 4 orang.
Bas ke Labuhan Lombok akan berhenti disatu pekan dimana anda boleh membeli air tambahan dan kudapan.
Deck tempat tidur ini kita orang berkongsi bersama selama 4 malam. Ada yang kuat berdengkor, dan kebiasaan nya saya akan tidur awal dahulu.
Tandas yang terus ke lautan. Disediakan satu baldi air laut untuk basuhan.
Tangga ke deck atas yang menegak. Saya rasa mereka yang berumor kurang sesuai mengikut trip ini.
Semasa perjalanan, bule akan sentiasa sunbathing dan aktiviti harian mereka adalah menyapu tanning lotion ditubuh mereka dan berjemur.
Beberapa tip yang sempat saya coretkan semasa trip ini.
1. Bawa waterproof bag untuk isian barang penting kerana kerap kali anda terpaksa pergi ke pantai dengan berenang dari bot besar kerana air cetek.
2. Telan pil mabuk laut jika anda kena sea sickness (saya cadangkan Veloxin kerana tidak mengantuk).
3. Bawa selipar sandal dan seluar / pakaian lycra kerana senang kering.
4. Perjalanan adalah selama 16 jam dari Pulau Moyo ke Gili Laba. Bawalah buku bacaan untuk mengisi masa.
5. Bawa maggi mee dan kudapan jika tidak berselera makanan yang dimasak didalam bot.
6. Semua bag besar akan disimpan di bawah deck. Siapkan satu bag kecil untuk barangan penting di atas deck.
7. Saya merebut tempat tidur berdekatan tangga kerana keselesaan turun naik deck.
8. Perjalanan selama 2 jam adalah membosankan dari Senggigi ke Labuhan Lombok dengan bas yang penuh sarat dengan penumpang dan barangan untuk menaiki bot. Saya rasa lebih selesa pelepasan trip dari Labuhan Bangsal.
9. Bawa peralatan snorkel sendiri kerana apa yang ada di bot sangat usang dan silikon nya sudah keras.
10. Bawa lampu picit kecil kerana pada waktu malam semua lampu dipadamkan.
11. Ada plug charger di dalam bot dan boleh digunakan apabila engin bot berjalan sahaja. Saya membawa battery pack 40,000 mAh untuk caj iPhone selama 4 hari.
12. Anda perlu bersedia untuk berinteraksi dan hidup dengan ‘bule’ yang berbikini dan minum beer setiap hari.
13. Makanan yang disediakan agak simple seperti tempeh dan telur rebus sahaja. Sarapan pagi adalah lempeng pisang.
14. Bayaran ke national park dikenakan caj tambahan (Rp375k).
15. Bawa banyak sunblock kerana cuaca panas.
18. Polarize sunglasses sangat perlu.
19. Signal 3G dan Edge tidak menyeluruh. Saya menggunakan data 4GB Telkomsel berharga Rp60k dan dapat bertahan selama 2 minggu sepanjang trip ini.
20. Solat boleh dilakukan secara duduk di deck atau di dapur di belakang bot dan wudu dengan air laut.
21. Bawa wet towels untuk pembersihan diri di kamar kecil.
Trip ini kurang sesuai:
1.Jika anda selalu kena seasickness.
2.Jika anda ‘allergic’ dengan bule yang berbikini setiap masa.
3. Jika anda tidak suka tidur bersama satu deck dengan 20 orang bule lelaki perempuan.
4. Jika anda tidak boleh mandi dengan air laut selama 4 hari berterusan di mana rambut menjadi kusut.
5. Jika anda tidak boleh menggunakan tandas yang terus ke laut dan menggunakan basuhan air laut sahaja tanpa bilasan air biasa.
Trip ini pengakhirnya di Labuhan Bajo, Flores pada pukul 4pm. Anda dibenarkan bermalam di dalam bot tetapi saya lebih selesa tinggal di hotel berdekatan dan menjamu selera ikan bakar di tepi pelabuhan.
Dari Labuhan Bajo (LB) anda boleh pulang ke Mataram Lombok secara overland dan feri dengan kos Rp 375k dan perjalanannya selama 24 jam.
Trip overland ini untuk pengembara tegar kerana anda terpaksa bertukar bas sebanyak dua kali, dan bertukar feri sebanyak dua kali juga. Ini bermakna anda tidak boleh tidor sepanjang 24 jam itu. Kami memilih cara ini untuk pulang ke Mataram.
Jika anda menaiki pesawat, ada flight dari LB ke Bali dan Jakarta tetapi kos tiket nya sangat mahal. Kebanyakan pengembara barat mengambil pesawat ke Bali dengan Wings Air.
Laluan bot sentiasa mengikut tepian pulau dan pemandangan lautan bersama gunung ganang pulau Sumbawa sangat mengujakan.
Baca lagi: 15 Tip Travel Di Flores, Indonesia Beserta Itinerari Bajet Gaya Backpacker