Nota Editor: Artikel ini ditulis oleh Puan Napisah Abdul dan dikongsikan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga ia membantu anda membeli-belah bersama-sama anak dengan tenang selepas ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Assalamualaikum,

Tips yang saya nak kongsikan ini adalah berdasarkan apa yang kami praktikkan kepada anak-anak kami. Alhamdulillah setakat ini, tantrum anak-anak di gedung membeli-belah masih terkawal. Di rumah, lain cerita ya. Hehe.

1) Perjanjian dibuat bermula dari rumah

Sebelum keluar dari rumah semua anak-anak harus bersetuju 2 perkara:

  • “Kita nak keluar untuk berseronok.”
  • “Bila seronok, kita senyum.”

Kemudian saya akan tawarkan, “Siapa nak ikut keluar jalan-jalan?” Dan bertanya, “Seronok tak? Cuba senyum nak tengok!”

Dengan membuat perkara di atas semua anak-anak berada dalam keadaan ceria dan bertenang dalam kerusi masing-masing sehingga sampai ke destinasi.

2) Perjanjian semasa perjalanan

Semasa dalam perjalanan, beberapa benda yang kami persetujui:

  • “Kita pergi kedai untuk beli barang dapur sahaja.”
  • “Kita beli lampin dan susu sahaja, dan jalan-jalan.”
  • “Nanti dua-dua (anak kena) duduk dalam kereta sorong atau kena pegang tangan semasa berjalan. Sebab apa? Sebab ada ramai orang asing, bahaya!”

Biasanya semasa dalam kereta, tiada penambahan cadangan daripada anak. Cadangan baru akan keluar hanya semasa di gedung nanti.

3) Give and take

Ketika ini selalunya ada cadangan daripada anak-anak.

  • “Mama, boleh kita nak main toy machine tu?”
  • “Abi, boleh saya main lompat-lompat kat box tu? (teng teng atas lantai)”
  • “Ok, saya nak Vitagenlah. Saya suka yang ini!”
  • “Permainan ni seronok. Adik, awak nak? (taktik pujuk adik kata nak).”
  • “Saya nak gula-gula tu! Nanti saya gosok gigi!”

Biasanya, masa dalam gedung yang paling mencabar. Sebab kadang-kadang kita kejar masa, ada banyak lagi barang hendak dibeli. Tetapi kalau tak dipuaskan permintaan anak, dia akan terus meminta. Kalau marah, dia takkan dalam mood yang elok lagi. Mood ibu bapa pun akan rosak.

Nak ikutkan semua kehendak anak pun tidak boleh juga. Jadi, kami akan give and take.

  • “Boleh main toy machine tetapi selepas selesai beli barang.”
  • “Boleh main teng teng. Lompatlah tiga pusingan, selepas tu kita sambung beli barang.”
  • “Vitagen tak boleh beli selalu. Letak dulu. Biar Mama dan Abi bincang. Nanti Mama beritahu. (Wajib beritahu keputusan kepada anak).”
  • “Gula-gula tak bagus untuk gigi. Kita tukar dengan yogurt atau roti?”

4) Ucap terima kasih dan puji

Semasa dalam perjalanan balik, ucap terima kasih kepada anak-anak kerana berkelakuan baik, dan puji apa yang bagus di gedung tadi. Selalunya waktu pujian, anak-anak diberi makan roti bun sebagai hadiah.

Nota penting:

1) Ibu bapa mesti bersetuju dalam semua keputusan. Tegas dari awal hingga akhir. Jangan marah-marah tetapi “yes means yes” dan “no means no”. Adakalanya salah seorang penat dan hendak mengalah (ibu contohnya), maka ayah hendaklah membantu dan ingatkan semula perjanjian yang telah anak-anak persetujui.

2) Selalunya tips ini berjaya apabila, anak-anak, ibu dan ayah kenyang dan cukup rehat.

Semoga bermanfaat!

BACA: Kisah Syukur Seorang Pakcik Yang Sudah Berkahwin 40 Tahun Tetapi Tiada Anak

BACA Lagi: Permainan Buatan Sendiri Yang Akan Buat Anak Lelaki Anda Leka Bermain

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram