Penggunaan internet pantas serta kuota yang banyak dilihat begitu penting ketika ini untuk memastikan aktiviti seperti melayari internet, bekerja, belajar dan menonton aplikasi penstriman dari rumah berjalan dengan lancar ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Walaupun pelbagai syarikat telco di Malaysia telah menawarkan pakej internet yang murah serta kuota yang banyak, namun pihak Telekom Malaysia(TM) nampaknya masih belum move on untuk meninggalkan pakej internet daripada mereka yang agak kurang relevan buat pengguna masa kini.
Terbaharu, pihak TM menerusi forum perbualan rasmi mereka iaitu Unifi Comunity, telah berkongsi semula info mengenai penawaran pakej internet Broadband Lite 1Mbps dengan had kuota 1GB berharga RM38 sebulan.
Sebenarnya pakej ini sudah lama diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu, cuma info mengenainya tidak dikemaskini jika dilihat pada laman web Broadband Lite 1Mbps. Kali terakhir ia dikemaskini pada 2018 lalu dan mengejutkan apabila TM masih lagi mengekalkan pakej ini sehingga hari ini.
Namun, agak mengecewakan apabila pakej ini hanya menawarkan akses muat turun berkelajuan 1Mbps dan muat naik 384Kbps. Tambah kecewa kerana ia juga dihadkan kepada had kuota 1GB setiap bulan. Cukup, ke?
Sekiranya terlebih pengunaan kuota atau Fair Usage Policy (FUP) pula, kelajuan internet akan dikurangkan kepada 128Kbps. Kelajuan internet 1Mbps akan kembali seperti biasa sekiranya langganan pakej telah diperbaharui pada bulan seterusnya.
Pakej internet TM Broadband Lite berharga RM38 sebulan boleh dikatakan agak mampu milik, cuma tidak berbaloi dengan kuota 1GB sebulan yang ditawarkan. Tambahan pula, ia turut disertakan dengan kontrak perjanjian selama 12 bulan dan pengguna juga perlu mempunyai talian tetap (telefon rumah TM) terlebih dahulu sebelum dapat melanggan pakej ini. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.
Berdasarkan perkongsian melalui perbualan di Unifi Community, pihak TM sendiri telah pun menegaskan bahawa pakej ini bukan untuk semua kerana ia disasarkan untuk mereka yang jarang menggunakan internet.
Jika difikirkan kembali, pakej ini amat tidak berbaloi untuk dilanggan kerana kosnya boleh dikira mahal juga, RM38 sebulan untuk 1GB dicampur pula dengan langganan talian tetap di rumah.
Pada pendapat anda, adakah berbaloi untuk melanggan pakej ini? Kongsikan pendapat anda di ruang komen Facebook The Vocket.
Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca beberapa lagi artikel mengenai Telekom Malaysia.
Gangguan Internet Pengguna unifi Telah Berjaya Diselesaikan Telekom Malaysia
Telekom Malaysia Mula Tawarkan Pakej Unifi 300Mbps Dengan Harga RM199