Pemilik JDT yang juga Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkongsi kegembiraan dengan kejayaan pasukan pembangunan JDT IV yang muncul juara Piala Belia baru baru ini.

Kejayaan itu dilakar selepas beberapa hari skuad JDT III merangkul kejuaraan Piala Presiden beberapa minggu lalu.

Membuatkan JDT kini sangat dominan di semua peringkat termasuk pasukan senior.

Menurut TMJ acuan yang ditunjukkan skuad senior menjadi inspirasi kepada pasukan belia dan pasukan pembangunan mereka.

Pasukan senior JDT telah mencapai banyak kejayaan di peringkat bola sepak saingan teratas. Dan ianya sudah tentunya menjadi acuan kepada generasi muda yang bermain di bawah sistem pembangunan Harimau Selatan.

Menerusi IG Story beliau, TMJ dengan gembira mengakui perkembangan positif tersebut dan menulis: “Kalau kepala betul, ekor pun betul, dari atas ke bawah. Sebelas tahun… lagi mereka membenci, tidak terima kenyataan dan cuba memperkecilkan kehebatan kelab ini, lagi macam-macam kejayaan Allah kurniakan dalam setiap aspek.

Dalam aksi final semalam, JDT IV berjaya menewaskan Terengganu (TFC) IV 5-3 pada aksi final kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada malam semalam.

Membolehkan JDT IV menang agregat 7-5 untuk merangkul pulang kejuaraan.

JDT pula dalam landasan terbaik untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super yang mereka sudah sandang sekian lama.

Di peringkat ACLE pula, JDT musim ini menunjukkan prestasi sangat memberangsangkan.