Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris atau panggilan popularnya TMJ sedia berbelanja untuk memperkuatkan JDT. Dalam pada masa yang sama TMJ akui berbangga dengan pencapaian JDT dan menegaskan bahawa Harimau Selatan sudah merancang langkah untuk bangkit.
JDT disingkirkann Buriram daripada saingan ACLE 2024/25 di hadapan penyokong mereka sendiri.
ACL Elite 2024/25: Gol Tunggal Suphanat Buat JDT Hampa, Hantar Buriram United Ke Suku Akhir
TMJ menegaskan bahawa JDT sudah memberikan yang terbaik cuma nasib tidak menyebelahi mereka.
TMJ berkata: “Ia sentiasa menjadi satu penghormatan dan keistimewaan bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi dalam kejohanan elit Asia. Saya berbangga dengan kelab ini yang berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

“Namun, kami tidak bernasib baik untuk tersingkir dengan cara sebegini dalam perlawanan malam tadi, termasuk beberapa keputusan”
TMJ bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan dan penyingkiran JDT semalam. Dan bertekad untuk meletakkan JDT berada di pentas terbaik Asia bersama kelab kelab terbaik di rantau ini.
TMJ sedia berbelanja
TMJ sedia berbelanja dan berikrar akan terus membuat pelaburan untuk memperkuatkan lagi JDT. Beliau mengesahkan bahawa JDT telah mengenalpasti beberapa kelemahan pasukan mereka. Dan mereka sudah ada perancangan baharu untuk JDT.

“Apa-apapun saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya keputusan malam tadi.
“Saya bertekad untuk meletakkan Johor di peta bola sepak dan bersaing dengan pasukan terbaik di Asia serta komited untuk terus membuat pelaburan bagi memperkukuh JDT di dalam dan luar padang.
“Kami telah mengenalpasti beberapa kelemahan di dalam pasukan dan sudahpun mempunyai perancangan baharu sejak beberapa bulan yang lepas. Kami sedang menunggu jendela perpindahan dibuka semula sebelum musim hadapan,” tambah TMJ.
Ia sentiasa menjadi satu penghormatan dan keistimewaan bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk beraksi dalam kejohanan elit Asia. Saya berbangga dengan kelab ini yang berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
Namun, kami tidak bernasib baik untuk… pic.twitter.com/BjdOvz5p7D
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 11, 2025
Akhir sekali TMJ mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong JDT dan mengucapkan selamat maju jaya buat Buriram United di pusingan seterusnya.
Beliau berkata: “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong JDT atas sokongan luar biasa di Stadium Sultan Ibrahim.

“Ia sekali lagi mencatat kehadiran tertinggi di laman sendiri. Kepada Buriram United, tahniah dan semoga berjaya di pusingan seterusnya.