Sebut mengenai Lando Zawawi pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya menceburi bidang lakonan, politik dan juga aktif dalam komuniti Brotherhood bagi tujuan penurapan lubang di jalan raya antara yang membuatkan beliau popular di kalangan masyarakat.

Bersempena dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada tahun lalu, Lando Zawawi dilihat turut membuat kejutan apabila menyertai parti Pejuang dan bertanding di Parlimen Tanjung Karang.

Baca Juga:

Walaubagaimanapun, segalanya berubah apabila beliau memaklumkan tidak lagi mahu menyertai PRN baru-baru ini selepas mendakwa masih gagal menerima wang yang diwakilinya sebelum ini.

Lando Zawawi atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi memaklumkan beliau berasa tertipu serta memaklumkan wang beliau banyak habis gara-gara terpengaruh dengan tawaran parti tersebut yang menyuruh beliau menggunakan wang beliau terlebih dahulu.

“Saya berterus-terang pengalaman saya ini agar jadi satu teladan kepada semua calon di luar sana supaya berhati-hati dengan parti politik.

“Perbincangan dengan satu parti semasa PRU15, saya tanya bagaimana dengan bajet? Mereka kata pakai duit sendiri,” katanya.

Menurutnya, dia perlu menggunakan kos yang besar yang bergerak atas nama Brotherhood dan pendapatannya pun atas usaha Brotherhood.

“Mungkin saya tak boleh tampung semua kerana itu PRU yang lebih besar, bukan macam sekarang. Saya kini berhati-hati dengan parti politik.

“Saya disuruh guna duit sendiri dulu dan dikira kemudian. Sampailah akhirnya duit saya digunakan terlebih dahulu

“Apabila keputusan dikeluarkan mereka terus senyap. Ingatkan habis di situ saja, rupanya orang-orang parti yang bekerja pun tak dapat bayaran,” katanya.

Lando mendakwa, sehingga kini tenaga kerja yang dipanggil ranting parti menuntut RM20,000 daripada parti berkenaan, manakala wangnya sendiri sekitar RM70,000 ke RM80,000 belum dilunaskan.

“Saya hantar surat kepada Presiden. Apabila semak, rupanya bajet itu ada tapi habis sebelum saya dicalonkan. Hairannya kerana yang berjanji dengan saya bukan calang-calang kerana ‘level’ (peringkat) mereka tinggi.

“Tapi Alhamdulillah walaupun saya tewas, usaha Brotherhood berjalan sampai sekarang sebab rezeki Allah punya. Kami ada kesempitan sikit dengan ekonomi tapi kami masih terus berjalan,” katanya.

Lando berkata, mana-mana universiti atau sekolah yang mana masih tak dapat bantuan untuk menyelesaikan masalah jalan berlubang bolehlah menghubunginya kerana ada peruntukan untuk mereka.

Sumber