Pada sekitar tahun 2017 lalu, gempar dengan kisah seorang wedding planner yang didakwa telah menipu ramai para pelanggan di seluruh Malaysia.

Sejak daripada itu, nama ‘Zurin Jundi’ tidak lagi kedengaran di mana-mana media sosial.

Baca Juga:

Bagaimanapun sejak semalam, nama Zurin kembali menjadi bualan orang ramai apabila mereka menemukan akaun TikTok wanita tersebut.

Menerusi video baru dimuat naik dua hari lalu, Zurin meminta pengguna TikTok untuk meviralkan videonya kerana dia memerlukan bantuan untuk melangsaikan kesemua hutang yang dibebani pada ketika ini.

@zurinjundi

tolong la sebarkan video saya #zurinjundi ebook #fyp

♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

Menolak tepi keadaan kesihatan diri sendiri, Zurin berharap eBook yang ditulisnya dapat dijual dan menyelesaikan hutang yang didakwa mencecah RM2 juta.

“Saya tak kisah tak ada duit untuk rawatan. Saya sudah tak mampu untuk bekerja sebab saya diserang strok dan ada beberapa penyakit kronik yang lain.

“Saya betul-betul merayu serendah-rendah diri, tolonglah saya. Saya dah tak tahu lagi apa nak buat. Saya buang perasaan malu saya (untuk meminta bantuan),” kata Zurin.

Walaupun Zurin memperlihatkan keadaannya sebegitu, didapati sebahagian netizen masih enggan memaafkan dirinya.

‘Mangsa-mangsa’ meninggalkan komen berapa banyak jumlah mereka kerugian.

'Tolong Sebarkan Video Ini' – 'Wedding Planner' Viral Mohon Maaf, Netizen Enggan Maafkan
Sumber Gambar: TikTok @zurinjundi
'Tolong Sebarkan Video Ini' – 'Wedding Planner' Viral Mohon Maaf, Netizen Enggan Maafkan
Sumber Gambar: TikTok @zurinjundi
'Tolong Sebarkan Video Ini' – 'Wedding Planner' Viral Mohon Maaf, Netizen Enggan Maafkan
Sumber Gambar: TikTok @zurinjundi

Pun begitu, masih ada ‘mangsa’ yang sudah move on dan menghalalkan duit yang tidak akan diterima lagi.

‘Mangsa’ juga mendoakan agar Zurin diberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran getir dan beban hutang dibebani pada ketika ini.

Menurut sebahagian netizen apa yang terjadi merupakan satu ujian buat Zurin yang membuat bisnes wedding planner tidak lama dahulu. Bagaimana kita (netizen) memberi reaksi kepada ujian Zurin merupakan satu ujian juga, menurutnya.