Ada sebab mengapa Tom Holland paling ‘tidak dipercayai’ oleh Marvel Studios. Nampaknya beliau seperti mengesahkan satu butiran penting untuk Avengers 4 ketika bersama laman Access.

Walaupun temubual ini sudah dirakam pada April yang lalu (untuk promo Avengers: Inifinity War), tetapi selepas menonton filem Ant-Man & The Wasp, barulah temubual ini masuk akal.

“Dia (Benedict Cumberbatch) dapat skrip yang sangat susah. Benedict perlu bercakap pelbagai benda hebat tentang Quantum Realm dan saya pula hanya perlu cakap benda-benda yang mudah sahaja,” jelas Tom dalam temubual ini.

Menariknya, tiada langsung adegan berkenaan Quantum Realm dalam filem Avengers: Infinity War. Jadi Tom mungkin terlepas pandang dan bercerita ‘spoiler’ bagaimana Quantum Realm akan menjadi lokasi penting dalam Avengers 4 nanti.

Jadi adakah 1 daripada berjuta kemungkinan yang dilihat oleh Doctor Strange dalam Infinity War adalah perlunya bantuan Ant-Man di Quantum Realm untuk menyelamatkan mereka semua?

Jadi terima kasi kepada Spidey, kita sudah dapat mengetahui Doctor Strange bakal muncul kembali dalam Avengers 4 dan begitu juga para Avengers yang lain. Thanks Spidey!

Sumber