Bersempena dengan pop-up event yang dijalankan di Beams Harajuku bermula 19 April sehingga 6 Mei ini, jenama terkenal Tom Sach mengambil kesempatan untuk mengumumkan koleksi kolaborasi bersama Beams Harajuku. Antara barangan yang ditawarkan ialah kerusi lipat dengan jenama NASA, T-Shirt Beams x Tom Sach dan beberapa produk dari laman web Tom Sach.

Paling menarik perhatian ramai ialah T-Shirt yang diinspirasikan daripada NASA yang menampilkan T-Shirt putih dengan bendera Amerika Syarikat dan Jepun pada kedua-dua belah lengan manakala logo NASA pada kiri dada. Tidak ketinggalan slogan yang identik dengan Tom Sach, ‘It Won’t Fail Because of Me’ pada bahagian belakang baju.

https___hk.hypebeast.com_files_2019_04_tom-sachs-x-beams-harajuku-popup-store-05

https://www.instagram.com/p/BwExWmQBJ4b/

Selain T-Shirt, kerusi lipat dengan jenama NASA turut mencuri perhatian pengunjung. Kerusi ini juga dipamerkan di Instagram Beams. Kesemua barangan ini hanya boleh didapati di pameran ini sahaja sehingga 6 Mei ini.

Sumber