Sofyank adalah antara pencipta kandungan yang sering mendapat tempat dikalangan masyarakat. Lelaki kelahiran Kelantan ini berjaya mencuri tumpuan apabila telah bekerjasama dengan ramai selebriti terkenal antarabangsa.

Terbaharu, melalui video yang dimuat naik di laman Twitter. Sofyank sekali lagi mencipta kejutan apabila bekerjasama dengan seorang pelakon dan juga ahli gusti profesional iaitu John Cena.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Melalui video yang dimuat naik, John Cena dan Sofyank sedang mempromosikan filem terbahaharu Fast and Furious 9 yang sudah pun menemui peminat di pawagam beberapa negara termasuk Malaysia.

Sejak dimuat naik di laman Twitter, video tersebut telah mendapat 8,000 ciapan dan lebih 14,000 tanda suka. Kebanyakan netizen memuji Sofyank yang sudah berjaya bekerjasama dengan beberapa artis antarbangsa.

Kereta bertukar dengan satu klik, video kreatif terbaharu Sofyank96 raih pujian netizen. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Kereta Bertukar Dengan Satu Klik, Video Kreatif Terbaru Sofyank96 Raih Pujian Netizen

Zach King Sambut Hari Lahir Sofyank, Rasa ‘Tertipu’ Bila Komputer Riba Bertukar Menjadi Kek

Lihat Zach King Dedikasikan Video Terbarunya Khas Buat Sofyank96