Sebelum ini The Vocket melaporkan bagaimana tote bag atau beg jinjing edisi terhad sempena pembukaan Apple The Exchange TRX dijual semula dengan harga mencecah RM500.

Dan hanya beberapa hari selepas laporan itu, nilainya meroket 10 kali ganda.

Beg jinjing tersebut adalah saguhati diberikan oleh Apple kepada mereka yang bertuah hadir pada hari pembukaan Apple Store di TRX.

Apple The Exchange TRX mulai dibuka kepada umum bermula pada 22 Jun yang lalu. Dan ianya mendapat sambutan sangat luar biasa daripada orang ramai.

Bagi yang bertuah, mereka turut mendapat tote bag edisi terhad daripada Apple.

Namun begitu, ramai mulai menjual semula beg saguhati itu di laman jual beli barangan terpakai.

Lebih gila, harga yang diletakkan kini mencecah RM5,000.00. Kenaikan harga itu mungkin didorong oleh permintaan yang tinggi daripada peminat tegar Apple yang mahu menjadikan beg jinjing tersebut sebagai koleksi peribadi mereka.

'Tote Bag' Percuma Apple TRX Kini Dijual Semula Dengan Harga Mencecah RM5,000

Netizen terkejut dengan harga yang diletakkan untuk beg itu. Namun tidak hairan jika ada yang sanggup membelinya sebagai tanda ‘terpaling Apple’.

Di media sosial ada juga yang terdesak mahu mendapatkan tote bag tersebut.

'Tote Bag' Percuma Apple TRX Kini Dijual Semula Dengan Harga Mencecah RM5,000

Seterusnya ada juga yang meminta agar mereka yang mahu membeli beg itu dengan nilai RM5,000 agar membelanjakan sahaja wang itu untuk membeli iPhone.

Seorang TikToker menunjukkan rekaan sebenar tote bag tersebut kepada umum.

@kuanhoong0

Just visited the grand opening of the Apple Store at The Exchange TRX mall in Kuala Lumpur! 🌟 Early birds were gifted a limited edition Apple tote bag with “Jom” (meaning “let’s go” in Malay) printed on it. Such a cool keepsake! 🛍️ #AppleStore #KualaLumpur #TRX #TechLovers #NewOpening #AppleFans #ExchangeTRX #Malaysia #LetsGo #Jom #LimitedEdition #AppleLife

♬ Aesthetic – Audiolist Productions