Furious 7 merupakan filem paling hit tahun 2015 setakat ini dengan kutipan melebihi USD$ 1 billion tetapi bukan itu sebenarnya yang kami mahu kongsikan kali ini.
Kalau anda masih ingat lagi dalam filem pertama Fast & Furious pada tahun 2001, Brian O Conner lakonan Paul Walker berlumba dengan Dominic Toretto (Vin Diesel) menggunakan sebuah kereta Toyota Supra berwarna jingga. Untuk pengetahuan anda kereta ini akan dijual dalam sebuah acara lelong pada bulan Mei nanti.
Dengan harga bermula pada USD$150,000 kereta Toyota Supra buatan tahun 1993 ini akan dilelong bermula 12 Mei sehingga 17 Mei diĀ Amerika Syarikat. Dengan kejayaan filem terkini Furious 7, kereta yang digunakan oleh Paul Walker dalam filem pertama Fast & Furious ini dijangka akan berjaya dijual pada harga yang sangat tinggi.
BACA: Inilah Kereta Misteri Bernilai USD3.4 Juta Yang Merentasi Dua Pencakar Langit diĀ Abu Dhabi
Sumber: Mecum Auction
BACA JUGA: Ucapkan Selamat Tinggal Segera Kerana Inilah Mitsubishi Evo Yang Terakhir Sekali