Taman Tema Genting Highlands merupakan taman tema yang terbesar di Malaysia dan menjadi destinasi pilihan ramai orang kerana penawaran permainannya yang menarik.

Malah, taman tema outdoor dijangka akan dibuka pada tahun hadapan membuatkan ramai ternanti-nanti setelah lama menunggu. Itu cerita tahun hadapan, adakah anda tahu apa tarikan terbaharu yang ada di taman tema tersebut?

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

1. Train to Busan

Train to Busan merupakan satu filem Korea terkenal kerana jalan ceritanya yang penuh kelainan dan penuh dengan mesej seperti kasih sayang dan sebagainya. Malah, filem tersebut bukan sahaja terkenal di pasaran antarabangsa, malah juga di Malaysia.

Bagi anda yang telah menonton filem tersebut, pasti anda ingat akan zombi-zombi yang bertindak secara agresif bukan? Bagaimana jika kami katakan terdapat sebuah rumah hantu yang berinspirasikan daripada filem tersebut?

photo_2019-10-31_23-48-38

48989469721_99528dbe9c_b

Anda tidak salah melihat kerana Resorts World Genting telah perkenalkan rumah hantu berkonsepkan Train to Busan yang hanya akan dibuka untuk tempoh 2 bulan sahaja bermula sekarang sehingga 1 Januari 2020.

Untuk pengetahuan anda, kami telah merasai sendiri pengalaman memasuki rumah hantu Train to Busan ini. Kami merasakan gabungan efek, konsep yang disampaikan dan prop yang digunakan sangat bersesuaian dengan temanya membuatkan pengunjung berasa seram, gelisah, dan menakutkan.

photo_2019-10-31_23-49-18

IMG_6427

Pada pandangan kami, rumah hantu nombor 2 yang dipanggil ‘Train to Escape’ yang memerlukan anda berlari dan menyelamatkan diri daripada zombi cukup mengujakan dan menakutkan. Sebelum terlupa, terdapat 3 tarikan dalam rumah hantu ini iaitu Lost in Daejeon, Train to Escape dan Survivor Camp yang anda patut cuba sendiri.

photo_2019-10-31_23-42-48

Menarik, bukan? Jika anda berminat untuk mencubanya, anda boleh membeli tiket secara eksklusif di AirAsia dengan harga RM80 sahaja untuk satu tiket dan anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% jika menggunakan referal kod BIGTB10 ketika check-out.

Malah, anda juga boleh beli tiket dengan hanya walk-in di sana dan jika anda berminat membeli pakej kombo Train to Busan Horror House + Skytropolis Preview Pass, harganya hanyalah RM128 seorang.

2. Avengers: Damage Control

Peminat Marvel pasti masih lagi rasa terkesan dengan filem Avengers: Endgame dan kehangatan filem tersebut masih terasa. Bagaimana jika kami katakan anda boleh berjumpa dengan karakter-karakter tersebut dan berjuang bersama mereka?

Dengar sahaja sudah buat anda teruja kan? Avengers: Damage Controls ini memberikan anda satu pengalaman virtual reality (VR) dimana menjadikan anda juga adiwira dan berjuang bersama adiwira yang lain.

Kami merasakan efek yang diketengahkan cukup ‘real’ kerana ketika diserang dan berlaku letupan, kami dapat rasakan kepanasannya dan juga hembusan angin. Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi adiwira kerana anda harus peka dan berjuang habis-habisan walaupun asyik ditembak.

Malah, kami juga dapat merasakan tembakan apabila ditembak. Bagi kami, ini adalah satu pengalaman yang unik dan cukup menarik. Keseronokan ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, anda harus cuba sendiri barulah anda tahu.

136c1f28490cf03dd1a8ffd22a3499b4

photo_2019-11-02_01-18-21

Jika anda berminat untuk merasai pengalaman luar biasa ini, anda boleh ke The Void di Genting Highland dan adalah diingatkan bahawa ianya hanya pada waktu terhad sahaja. Harga tiket masuk hanyalah RM130 seorang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

Apa yang menjadikan kedua-dua tarikan ini menarik kerana hanya di Genting Highlands sahaja ia ada. Tidak lama lagi cuti sekolah akan tiba, maka dengan adanya tarikan terbaharu ini akan dapat membantu ibu bapa membawa anak-anak anda berhibur di sini.

Tidak lama lagi taman tema outdoor Genting Highlands akan dibuka. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Taman Tema Genting Highlands Bakal Dibuka Menjelang 2020

Promosi 6 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia Kembali Lagi Bermula 4 November 2019

Barang Antik Kerap Dicuri, Pemilik Muzium Percuma Di Melaka Ini Nekad Untuk Menutupnya