Nota Editor: Kisah ini adalah daripada catatan kembara Azwadi Kamarudin, pelajar Malaysia yang sedang belajar di Universiti Aberdeen, UK dan kini beliau sedang dalam kembara solo ke beberapa negara Eropah.

Dari Aberdeen, beliau mengorak langkah meneroka Brussels, Frankfurt, Munich, Prague, Vienna, Bratislava, Budapest, Szeged dan terkini beliau telah tiba di Bosnia.

pelarian-syria-di-eropah-1

Namun dari sekian banyak catatan perkongsian kembara beliau, mata saya tertumpu kepada kisah dan nukilan perasaan beliau setelah melihat dengan mata sendiri keadaan pelarian Syria sewaktu di Budapest.

Catatan 1

Semasa di Munich, Jerman memang saya lihat wanita-wanita bertudung sambil mengendong anak dikawal polis/pihak imigresen Jerman.

Hari ini di Budapest, Hungary kawan saya berpesan agar saya berhati-hati kerana keadaan yang sangat meruncing di Keleti Train Station dengan beribu-ribu pendatang/imigran yang mahu menaiki tren ke Jerman.

Ya Allah, berilah perlindungan kepada mereka ini. Akibat perang, mereka terpaksa berhijrah mencari tempat perlindungan.

Tengah hangat isu imigran yang sedang membanjiri stesen keretapi Budapest. Rasa nak pi tengok apa yang berlaku kat sana kejap lagi. Harapnya selamat.

pelarian-syria-di-eropah-10

pelarian-syria-di-eropah-2

pelarian-syria-di-eropah-17

pelarian-syria-di-eropah-18

pelarian-syria-di-eropah-16

Catatan 2

PELARIAN SYRIA DI HUNGARY
AKU HANYA MAMPU MENANGIS DI DALAM HATI

Pagi ini, aku gagahkan kaki menaiki Metro 2 berwarna merah menuju ke Keleti Palyaudvar ( Stesen Keretapi Timur) untuk melihat sendiri keadaan pelarian Syria di sana.

Sesampainya aku di terminal ini, hati rabak. Khemah-khemah penuh di bahagian bawah terminal tersebut. Ada yang tidur berbantalkan lengan, beralaskan kotak. Ada yang tidur terduduk. Anak-anak kecil menangis. Namun ada yang bergelak ketawa, bersuka ria seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Stesen keretapi ditutup. Kelihatan anggota beruniform mengawal pintu masuk Keleti Palyaudvar. Para pelarian pula hanya menunggu di hadapan pintu tersebut. Media tempatan dan antarabangsa penuh di sana sini membuat liputan terkini.

Aku cuba mendekati seorang remaja lelaki bertanyakan hala tuju beliau. Beliau hanya menggeleng kepala. Tidak tahu arah tujuan. Beliau datang dengan bas dari Syria. Perang di mana-mana. Sebab utama mereka terpaksa melarikan diri.

Aku bertanyakan pula salah seorang krew media di situ. Terminal ditutup buat sementara waktu. Dan ya, kebanyakan pelarian ini mahu ke Jerman untuk mencari perlindungan.

Apa usaha kita untuk membantu mereka?

Azwadi Kamarudin
Keleti Palyaudvar, Budapest, Hungary
2 September 2015

Baca: Demi Masa Depan Keluarga, Lelaki Syria Ini Sanggup Berkorban Dan Lakukan Ini

pelarian-syria-di-eropah-3

pelarian-syria-di-eropah-4

pelarian-syria-di-eropah-5

pelarian-syria-di-eropah-6  pelarian-syria-di-eropah-8

pelarian-syria-di-eropah-9

pelarian-syria-di-eropah-11

pelarian-syria-di-eropah-12

pelarian-syria-di-eropah-13

pelarian-syria-di-eropah-14

pelarian-syria-di-eropah-15

Semua tren dari Stesen Keretapi Timur tidak dibenarkan meninggalkan Budapest dengan keadaan krisis imigran Syrian dll ini. Harapnya perjalanan aku ke Croatia esok dapat diteruskan. Kalau tak…….

Melihat catatan ke 3 Azwadi, jelas sekali, hanya mereka yang telah merasai sengsara perang akan mengerti apakah yang pelarian Syria ini sedang dan terpaksa lalui.

Meneliti catatan Azwadi sewaktu beliau di Bosnia, inilah yang telah terjadi;

Catatan 3

CERITA DARI BOSNIA : AIR MATA SEORANG IBU

kembara-bosnia

Ketika berbual-bual di ruang tamu rumah keluarga sahabat saya di Sarajevo ini, sambil melihat berita mengenai pelarian Syria, sahabat saya turut menceritakan kepada ibunya bahawa saya baru sahaja melawat Hungary. Saya tunjukkan beberapa keping gambar yang saya sempat rakamkan semasa di Stesen Keretapi Keleti, Budapest.

Sambil melihat keadaan pelarian itu, saya lihat ibu sahabat saya mengesat air matanya. Ya, mungkin teringat akan kisah yang berlaku di Sarajevo pada tahun 1992-1995. Walaupun ketika itu mereka sekeluarga berada di Libya, namun kehilangan sanak saudara dan sahabat handai akibat perang ketika itu amat merobek hati dan perasaaan beliau.

Sahabat saya juga tunjukkan kepada saya kesan peluru yang berbekas di pintu rumah mereka akibat bedilan puak Serbia. Dari luar jendela, boleh dilihat kawasan bukit di mana askar-askar Serbia pada ketika itu berkubu di situ dan menembak orang awam yang tidak bersalah dan memusnahkan rumah-rumah mereka.

kembara-bosnia-2

Terima kasih kepada Azwadi atas perkongsian ini. Bagaimana pula dengan kita? Apa yang boleh kita lakukan?

Salah satu caranya adalah dengan membantu pelarian Syria di Jordan untuk ke sekolah percuma yang diasaskan oleh pelajar Malaysia di sana.

Baca: Kisah Menyentuh Hati Di Sebalik Sekolah Anak Pelarian Syria Diasaskan Oleh Pelajar Malaysia

Dengan ini kita mudah-mudahan kita dapat membantu anal-anak Syria untuk mempunyai masa depan yang lebih cerah. Sesungguhnya mereka juga layak untuk ada kehidupan yang lebih baik.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram