Drama Korea yang berjudul True Beauty baru sahaja melabuhkan tirainya baru-baru ini. Membawa kisah tentang Im Ju-kyeong, seorang gadis yang berubah menjadi cantik setelah dibuli oleh rakan sekolahnya kerana dikatakan hodoh.
Meskipun pada awalnya drama ini tidak merekodkan jumlah rating yang memberangsangkan, drama ini tetap berjaya meraih rating yang baik pada episod terakhir serta memberikan impak kepada penonton.
Selain mempunyai mesej yang baik disebalik jalan cerita yang menarik, drama ini bukan sahaja berjaya membuatkan para penonton terkena penangan second lead syndrome malah, drama ini juga berjaya membuatkan 5 produk dari jenama ini laku keras.
Bagi yang tidak tahu, watak dalam drama ini berjaya berubah menjadi cantik setelah belajar cara memakai makeup dengan betul. Terdapat pelbagai jenama yang telah ditonjolkan dalam drama ini.
Bagaimanapun, jenama Colorgram merupakan jenama yang telah berjaya menarik perhatian para penonton sehinggakan kelima-lima produk dari jenama ini menjadi rebutan. Ingin tahu apakah barangan tersebut? Teruskan membaca!
1. Colorgram Multi Cube Palette 5 Colours
Produk pertama yang menjadi rebutan para peminat ialah Colorgram Multi Palette 5 Colours. Dalam drama tersebut, watak Im Ju-kyeong yang dilakonkan oleh pelakon jelita, Moon Ga-young sering dilihat mengenakan eyeshadow palette ini bukan sahaja di mata malah, di pipi sebagai contour.
2. Colorgram Thunderbolt Tint Lacquer
Produk seterusnya merupakan antara produk yang paling popular dari senarai ini. Lip tint dari Colorgram ini merupakan produk yang paling banyak dibeli oleh peminat kerana produk ini memberikan natural effect kepada sang pemakai.
3. Colorgram Milk Bling Shadow
Produk seterusnya ialah Colorgram Milk Bling Shadow, iaitu sebuah eyeshadow dalam bentuk liquid yang berkilau. Meskipun eyeshadow ini dipenuhi dengan glitter di dalamnya, produk yang sering dipakai oleh Ju-kyeong dalam drama ini tetap memberikan natural effect kepada pemakai.
4. Colorgram Rosy Tone Up Cream
Produk seterusnya yang berjaya menarik perhatian penonton ialah Rosy Tone Up Cream, iaitu sebuah krim yang membantu meratakan tona kulit serta padat dengan bahan yang boleh melembabkan kulit muka seprti hyaluronic acid dan ekstrak bunga mawar.
5. Colorgram Artist Formula Auto Brow Pencil
Produk terakhir dari Colorgram yang menjadi rebutan para peminat drama True Beauty ialah Artist Formula Auto Brow Pencil. Dalam drama tersebut, Ju-kyeong sering dilihat menggunakan produk ini pada keningnya dan melihat betapa cantiknya kening beliau, tidak hairanlah kenapa produk ini menjadi rebutan.
Jadi ikutan di Tiktok
Video transformasi Ju-kyeong juga merupakan diantara cabaran yang menjadi ikutan di aplikasi tiktok. Selain itu, peminat drama True Beauty turut juga berkongsi semua produk dari jenama Colorgram yang telah dibeli kerana terpengaruh dengan drama tersebut.
@elyxirine True Beauty Jugyeong Makeups 💗 #truebeauty #kdrama #koreandrama #jugyeonglim #jugyeong #truebeautykdrama #makeup #fyp #foryou #foryoupage #korean
@fancysyana Korban drama mulu nih aku 🥺 #truebeauty #colorgram #makeupunboxing
https://www.tiktok.com/@abbeykolednik/video/6920116853960412417?_d=secCgYIASAHKAESMgowQ6q9kIE3kjBV81KMG5217WBoCQaw3lkTQOwJfqJwThmdDv0Z7gr9xMdURjQa4jxvGgA%3D&language=en&mid=6908278463687067649&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAASzTq9JHQHlR386ted_EyUXRKBhTvJFj89ep46ul4cpyaRX7BaT5wMhi3QQMuIleg&share_app_name=tiktok&share_item_id=6920116853960412417&share_link_id=c96a901e-959f-4e78-84c6-3ca0cdef0437×tamp=1612753624&u_code=df1f6d8ck85kkf&user_id=6882778133185348609&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=more&source=h5_t&is_copy_url=0&is_from_webapp=v2&sender_device=pc&sender_web_id=6924912454137316866
Meskipun drama ini berlatarkan kehidupan pelajar sekolah menengah, terdapat pelbagai nilai yang boleh dipelajari antaranya ialah tentang kecantikan sebenar yang bukan berlandaskan wajah yang cantik semata-mata sebaliknya, pada budi pekerti seseorang.
Bagi yang bercadang untuk menonton drama ini, diharapkan agar kocek anda tidak menangis kerana terpengarih dengan produk-produk yang ‘disajikan’ dalam drama tersebut!
Semantara itu, baca juga perkongsian kami yang lain melalui pautan di bawah.