Bek kanan antarabangsa England, Trent Alexander Arnold secara rasmi diumumkan sebagai pemain baharu Real Madrid.
Trent Alexander-Arnold Diumumkan Secara Rasmi Sebagai Pemain Baharu Real Madrid
Pemain itu meninggalkan kelab yang disokongnya sejak zaman kanak kanak lagi. Namun dia teruja menyertai pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid yang menjadi impiannya sejak dulu.
Ketika kecil dia melihat nama nama besar seperti David Beckham dan Cristiano Ronaldo menyertai Real Madrid.
🚨 TRENT: “First memory of Madrid? I remember Beckham joining. I remember Cristiano joining. The best player in the world and seeing how many trophies he won. I knew this club is massive.” pic.twitter.com/62Sb4pXlyf
— Madrid Zone (@theMadridZone) June 12, 2025
Trent akui teruja kerana impiannya akhirnya tercapai. Dia sudah lama berimpian bermain untuk Real Madrid, beraksi bersama dengan pemain pemain terbaik di dunia.
Menurut laporan media Eropah, Real Madrid membayar yuran sekitar ÂŁ10 juta untuk membeli pemain berusia 26 tahun itu sebelum kontraknya bersama Liverpool tamat pada 30 Jun 2025.
Real Madrid membuat keputusan membayar sahaja nilai tersebut, walaupun boleh memiliki Trent Alexander Arnold secara percuma dalam beberapa minggu ini.
Ini adalah untuk memastikan pemain itu boleh beraksi dalam Piala Dunia Kelab yang akan berlangsung di Amerika Syarikat dari 14 Jun hingga 13 Julai.
Trent Alexander Arnold capai impian
Trent Alexander Arnold dilihat bercakap Bahasa Sepanyol dengan fasih pada majlis pengenalannya sebagai pemain Real Madrid.
Dia berkata: “Terima kasih kepada Presiden Florentino Perez dan Real Madrid atas peluang ini.
“Menandatangani kontrak bersama kelab seperti Real Madrid bukan perkara biasa. Ia satu impian yang menjadi kenyataan, dan peluang itu tidak ada setiap hari.
🤍 Trent: “I’m over the moon! Signing for Real Madrid does not happen everyday. It’s a DREAM come true”. pic.twitter.com/uMUGYbvdMe
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 12, 2025
“Saya sangat gembira dan bangga berada di sini. Saya tak sabar untuk menunjukkan permainan saya kepada penyokong Madrid. Namun saya sedar, bermain untuk Real Madrid adalah satu tanggungjawab besar.
“Saya bersedia untuk berikan segalanya demi pasukan dan penyokong. Saya mahu menampilkan permainan saya, memenangi banyak kejuaraan, menjadi juara, berkembang, dan menikmati setiap detik bersama pemain-pemain terbaik dunia.”
Alexander-Arnold akan memakai jersi nombor 12 di Real Madrid kerana peraturan bola sepak Sepanyol tidak membenarkan penggunaan nombor lamanya di Liverpool, iaitu 66.
Nama “Trent” akan tertera di belakang jersinya, kerana menurutnya ia lebih mudah difahami dan disebut oleh penutur bahasa Sepanyol.
Trent Alexander Arnold turut teruja berpeluang bekerjasama bersama dengan Xabi Alonso.

Dia menambah: “Berpeluang bekerja dengan beliau kini adalah impian yang jadi nyata buat saya.
“Kami berazam untuk memenangi trofi Piala Dunia Kelab yang akan datang. Saya mahu memulakan musim ini dengan cemerlang.”