Bek kanan, Trent Alexander-Arnold telah diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu Real Madrid, sebentar tadi.

Dengan kontrak bersama Liverpool hanya akan berakhir pada 30 Jun 2025, Real Madrid perlu membayar £8.4 juta untuk menebus baki kontraknya.

Baca Juga:

Trent Alexander-Arnold
Kredit Foto: Real Madrid

Real Madrid perlu membawa Alexander-Arnold lebih awal ke dalam pasukan kerana pasukan tersebut bakal ke Amerika Syarikat untuk menyertai Kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA 2025 bermula 14 Jun hingga 13 Julai nanti.

Kembara Baharu Karier Trent Alexander-Arnold

“Real Madrid dan Liverpool telah mencapai kata sepakat yang akan mengekalkan Trent Alexander-Arnold di kelab kami untuk enam musim akan datang, dari 1 Jun 2025 hingga 30 Jun 2031.”

“Pemain skuad kebangsaan England itu menyertai pasukan kami selepas memenangi enam kejuaraan bersama Liverpool,” ujar Real Madrid dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan sebentar tadi.

Ketika bersama The Reds, Alexander-Arnold telah memenangi dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan masing-masing satu gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Piala Dunia Kelab FIFA, Piala Super Eropah dan Piala FA.

Trent Alexander-Arnold
Soccer Football – Premier League – Liverpool v Crystal Palace – Anfield, Liverpool, Britain – May 25, 2025 Liverpool’s Trent Alexander-Arnold celebrates with the trophy after winning the Premier League REUTERS/Phil Noble

Sepanjang menyarung jersi pasukan tersebut di peringkat senior, beliau telah membuat 354 penampilan dengan menghasilkan 23 gol dan mencipta 92 bantuan jaringan.

Dengan pencapaian hebat pernah dikecapi bersama Liverpool, kini sudah tiba masanya buat Trent Alexander-Arnold untuk mengukir sejarah baharu, dengan memakai jersi keramat putih Real Madrid.

 

 

Sumber