JDT kini bergelar juara triple treble, pencapaian yang bersejarah untuk pasukan Harimau Selatan. Yang sekaligus mengukuhkan lagi dominasi dan monopoli JDT dalam kancah bola sepak domestik.

Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan daripada kejayaan triple treble JDT.

1. Tiga kali berturut turut

JDT mengesahkan kejuaraan Piala Malaysia buat 3 kali berturut turut.

Di mana mereka menjuarai Piala Malaysia musim 2022, 2023 dan kini musim 2024/25.

JDT bangkit daripada ketinggalan dalam final menentang Sri Pahang untuk menang 2-1.

2. Kejuaraan Piala Malaysia kelima JDT

JDT kini sudah mencatatkan 5 kejuaraan Piala Malaysia dalam sejarah kelab mereka.

Mereka berada di kedudukan pasukan keempat terbanyak menjuarai Piala Malaysia, bersama dengan Kedah, juga dengan 5 trofi Piala Malaysia.

Hanya Selangor (33), Singapura (24) dan Perak (8) yang lebih banyak kejuaraan Piala Malaysia berbanding JDT.

Harimau Selatan Mengaum Lagi, JDT Juara Piala Malaysia 2025

3. Triple treble

JDT kini menjadi pasukan pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia untuk menjuarai triple treble.

Sebelum ini JDT menyamai rekod Kedah dengan rekod double treble.

Musim ini mereka sekali lagi menamatkan musim sebagai juara treble buat kali ketiga berturut turut.

Rekod yang luar biasa daripada pasukan luar biasa.

4. Bergson dan Arif Aiman

2 pemain ini terus memberikan impak dalam aksi final. Bergson kini sudah menjaringkan gol dalam kesemua 3 perlawanan final Piala Malaysia terakhir JDT.

bergson
Foto: JST Officia

Bergson terus menjadikan Sri Pahang lawan kegemarannya. Dia kini sudah mencetak 11 gol ke atas Sri Pahang sejak 2021.

Arif Aiman pula sudah mencetak gol dalam dua final berturut turut untuk JDT.

Arif Aiman masih kekal pemain elit di arena bola sepak Malaysia ketika ini. Sebaris dengan nama nama pemain import.

Arif Aiman
Foto: JST Official

5. Pahang kalah kali kelima di final

Sri Pahang yang dahulunya disebut Pahang telah mencatatkan rekod kekalahan kali keempat di pentas final Piala Malaysia.

pahang
Foto: Sri Pahang Official FB

Pahang sudah beraksi di 9 final Piala Malaysia dan sudah mencatatkan 4 kejuaraan Piala Malaysia sebelum ini.

Kali terakhir Pahang menang Piala Malaysia adalah pada 2014. Ketika itu mereka mengalahkan JDT menerusi penentuan sepakan penalati.

Dan kali ini tuah tidak meihak kepada mereka.