Memiliki kulit licin tanpa cela sememangnya menjadi idaman semua, rahsianya ialah rutin penjagaan muka harian dengan produk yang bersesuaian. Mungkin ada dalam kalangan pengguna yang masih tercari-cari produk yang sesuai dengan jenis kulit dan ragu-ragu jika tersalah pilih produk akan mendatangkan kemudaratan kepada kulit muka.
mencari pencuci kulit yang ideal sememangnya satu misi yang sukar kerana tidak semua jenis kulit sama. Ada individu yang jenis kulitnya akan memberi reaksi kepada sesuatu chemical yang banyak terkandung dalam produk cucian muka. Silap pakai kulit mungkin mengelupas atau jerawat jadi lebih teruk.
Apa kata anda cuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser? Terdapat 99% pengguna bersetuju ia membersih dengan lembut sambil melembapkan kulit. Malah lebih meyakinkan lagi, Cetaphil turut disyorkan sendiri oleh pakar dermatologi. Gentle Skin Cleanser sememangnya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan semua peringkat usia termasuk bayi.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini dirumus khas tanpa wangian dan sabun membuatkan ia sesuai digunakan setiap hari untuk membersihkan kulit dengan lembut tanpa meninggalkan kesan kerengsaan pada kulit sekaligus memberikan kelembapan tanpa membuatkan pori tersumbat.
Bukan sahaja boleh digunakan untuk membersihkan kulit wajah, Gentle Skin Cleanser juga sesuai untuk kulit badan. Gentle Skin Cleanser ini boleh didapati dalam 4 variasi saiz; 125ml, 250ml, 500ml dan 1 liter.
Jadi apa yang perlu anda risaukan lagi? Anda boleh ke farmasi atau kedai penjagaan diri berdekatan dengan anda hari ini juga. Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari laman web Cetaphil Malaysia.