Baru-baru ini, tular sekeping gambar keluarga anggota polis yang beraya sambil bermaaf-maafan pada pagi Syawal pertama yang lalu di sekatan jalan raya Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil.

Difahamkan bahawa isteri anggota polis terbabit membawa ketiga-ketiga orang anak mereka berusia 5, 10 dan 11 tahun melawat suaminya yang ketika itu bertugas untuk mengawal sempadan daerah di Putrajaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali dan hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa tiada pelanggaran SOP PKP yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, beliau dalam satu kenyataan semalam mendakwa bahawa isteri anggota polis terbabit dikompaun sebanyak RM2,000 setelah didapati melanggar SOP PKP.

“Pada awalnya, tindakan si isteri itu dianggap sebagai sokongan moral kepada suaminya kerana bertugas di pagi raya di samping menyerahkan juadah hari raya.

“Namun, pihak polis tidak mahu perbuatan tersebut dijadikan alasan serta ikutan oleh semua ahli keluarga petugas yang lain untuk melawat keluarga (anggota polis) yang bertugas di lapangan pada Hari Raya atau pun hari biasa.

“Kompaun dikeluarkan dan isteri petugas berkenaan dikompaun sebanyak RM2,000 mengikut Peraturan 17, Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,” kata Mohd Fadzil dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, tiada kompaun dikeluarkan mengenai dakwaan menaiki kenderaan melebihi had tiga penumpang kerana mereka menaiki dua buah kenderaan berbeza.

Dalam pada itu, segelintir netizen menganggap tindakan ini sangat zalim dan tidak bertimbang rasa kerana keluarga tersebut cuma bersalaman dan bermaafan untuk seketika sahaja. Ada juga yang anggap tindakan ini masih SOP ‘Double Standard‘.

https://twitter.com/AminRahman_z/status/1393921677898092546?s=20

Berikutan kejadian itu, Mohd Fadzil memaklumkan bahawa pihak polis tidak akan ‘pilih kasih’ sekiranya wujud kesalahan SOP PKP tidak kira sesiapa sahaja sama ada orang awam mahu pun anggota PDRM sendiri.

Gambar keluarga beraya di SJR ini cetus layanan SOP PKP ‘double standard’. Baca lagi pada pautan di bawah.

Gambar Tular Keluarga Beraya Di SJR Tidak Langgar SOP PKP – Polis Putrajaya

Kes COVID-19 Makin Meningkat, Hospital Sungai Buloh Terpaksa Sediakan Kontena Khas Simpan Jenazah

Tular Video Golongan Kayangan Langgar SOP Beraya Sakan, Netizen Desak Polis Jalankan Siasatan