Tular beberapa hari yang lalu menerusi sebuah video apabila seorang pengasas produk kecantikan dilihat mengedar produk buat para pemandu yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Bertam, Pulau Pinang.
Meskipun beliau hanya berniat untuk berkongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan serta masyarakat setempat, orang ramai seolah mempersoal bagaimana beliau selaku orang awam mampu turut berada di SJR pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berlangsung ini.
Sehubungan dengan itu, pengasas yang dikenali sebagai Iddin Syah selaku pengasas kepada jenama ESW ini tampil memberi penjelasan mengenai isu yang berlaku.
Menurut Iddin, beliau memaklumkan telah mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara dalam menjalankan program Corporate Social Responsibility (CSR) dengan memberikan 1,000 unit vitamin ESW buat petugas barisan hadapan serta barisan hadapan.
Video yang tular tersebut pada mulanya dimuat naik di Iddin Syah beliau walau bagaimanapun telah diturunkan namun tular pula di Twitter serta menjadi buah mulut netizen.
Difahamkan pemberian beliau hanyalah sebagai peringatan kepada orang awam mengenai pentingnya pengambilan vitamin melihatkan keadaan kes COVID-19 yang tinggi pada ketika ini.
Iddin turut memaklumkan pihak beliau berada di kawasan hanya dalam tempoh yang singkat serta berharap penjelasan yang dibuat dapat menghentikan spekulasi yang menjadi buah mulut netizen sebelum ini.
Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang berlaku melibatkan pengasas produk kecantikan ini yang mengedar produk kepada para pemandu di SJR dengan klik pautan di bawah.
Edar Produk Di SJR, ‘Bantuan’ Pengasas Jenama Kecantikan Ini Dipersoal Netizen
Wajah Misteri Abang Aziz ‘Jatuh Bot’ Akhirnya Didedahkan Sempena Persaraan