Penularan wabak pandemik COVID-19 di negara kita cukup membimbangkan dan disebabkan itu kerajaan mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Umum mengetahui bahawa aktiviti ziarah menziarahi tidak dibenarkan sepanjang Hari Raya Aidilfitri tetapi masih ada yang didapati melanggar SOP ditetapkan oleh kerajaan.
Terbaharu, pengguna Twitter @TengkuHaslinda telah berkongsi sebuah video memaparkan Instastory pengguna Instagram yang jelas melanggar SOP ketika tempoh PKP.
https://twitter.com/TengkuHaslinda/status/1393584704318689284
Menerusi video tersebut, dapat dilihat ramai orang berkumpul dalam satu ruangan di rumah tanpa memakai pelitup muka sedangkan SOP jelas mengatakan tiada aktiviti ziarah menziarahi dibenarkan.
Perkongsian video mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati kerana sudah menjalankan tanggungjawab dengan patuh SOP tetapi masih ada pihak yang melanggarnya tanpa rasa bersalah.
harap dapat disiasat. kami ni punyalah patuh arahan kerajaan. Depa ni sedap2 ja berkumpul raya. aduh!!! https://t.co/OhqxWxRtEf
— Munaim_idrus (@IdrusMunaim) May 16, 2021
Rumah org2 kaya tak nak pegi ke? penuh satu rumah macam sekampung. https://t.co/nJWEypGt6Q
— 🍉 بوڠا (@tweetsbunga) May 16, 2021
这就是我们的祖国马来西亚,人民犯罪罪不可恕;达官贵人犯罪,没有这回事。 https://t.co/Xfcri3MZq9
— KhaiChyiLiew (@KhaiChyi_Liew) May 16, 2021
Aku tak dpt raya dengan bapak aku sebab ikut arahan dan nk kawal kes, dah laa mak aku tkde ayah aku raya sorang, si bangsawan buat perangai mcm ni ye. Pukimak betul. Sakit hati aku. Perangai serupa yahudi sekor2. Bangga takde mask segala ye? Sop tah kemana. https://t.co/fwJ4LzaizN
— _itsaishhh (@_itsaishhh) May 16, 2021
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengecam tindakan mereka yang melanggar SOP dan berharap pihak polis akan menyiasat hal ini. Mana tidaknya, tindakan keluarga tersebut yang tidak patuh arahan mungkin akan menyumbang kepada peningkatan jangkitan wabak COVID-19.
Untuk rekod, 36 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan telah direkodkan semalam dan pihak Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang berkaitan dengan COVID-19 pada pautan di bawah ini.
Kes COVID-19 Makin Meningkat, Hospital Sungai Buloh Terpaksa Sediakan Kontena Khas Simpan Jenazah
Anda Dilarang Ziarah Rumah Ke Rumah, Kubur Di Hari Aidilfitri Nanti