Satu video tular menunjukkan sekumpulan pemuda bergaduh bersebelahan dengan tempat letak motosikal sehingga ada yang sawan.
Insiden itu dikongsikan di laman X. Di mana netizen menganggap yang kalah masuk hospital dan yang menang pula masuk penjara.
Dalam pergaduhan tersebut lelaki berbaju hijau mulai memukul lelaki yang berbaju kelabu dengan kerusi.
Namun lelaki baju kelabu itu menahan kerusi dengan tangannya sebelum melancarkan serangan balas.
Netizen sempat memberikan komen: ‘Apabila kau pukul orang tu tahan kerusi pakai tangan macam tu maknanya, kau tekan je butang mengaku kalah / surrender.’
Kemudian beberapa pemuda lagi campur tangan dan mebuatkan lelaki berbaju hijau itu kejung dan dipercayai sawan.
Menyedari lelaki berbaju hijau itu sudah sawan, mereka mulai melarikan diri daripada tempat kejadian.
Yg kalah masuk hospital
Yg menang masuk penjara pic.twitter.com/XncvzBVUfR— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) August 21, 2024
Melihat pada keadaan lelaki berbaju hijau itu, netizen merasakan bahawa mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu boleh dah berdoa agar mangsa tersebut tidak mengalami pendarahan otak. Kerana ianya akan menjadi satu kes yang serius.
Mereka juga menyatakan bahawa baju hijau tersebut menggunakan objek kerusi untuk menyerang lawannya namun akhirnya dia yang dibelasah teruk.
Kemudian ada juga yang sakit hati melihat dua orang lagi rakan lelaki berbaju kelabu itu yang menurut mereka cuma pukul curi dan mengambil kesempatan.
Apapun, ramai yang berharap kesemua mereka ditahan dan disiasat kerana kes keganasan di khalayak ramai seperti ini.