Baru-baru ini tular sebuah rakaman video yang memaparkan kelakuan Dato’ Sri Siti Nurhaliza beberapa saat sebelum dia membuat kemunculan di pentas konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza.
Menerusi video pendek tersebut, dapat dilihat raut wajah penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang kelihatan garang dan tegas sewaktu berkomunikasi bersama salah seorang kru backstage.
Difahamkan beliau sedang menegur tentang alat monitor telinga yang belum dipasang dan aksinya seperti menjeling ke arah kru sekaligus meraih perhatian netizen di media sosial.
@erazfadli KOMEN BIAR BEHAVE ya kwn² . INI MELIBATKAN KERJA PREFOSIONAL SEORANG SITI NURHALIZA . Sebelum ape² berlaku di konsert besar dia , better check or warning dulu kan . Ini behind the scene yang orang tak nampak . Kita nampak kelancaran sahaja . Belakang ; kalut tukar pakaian , jalan laju² , microfon check dan lain² , kita tak nampak . Apa² , teruja boleh tengok Konsert @Siti Nurhaliza malam ni di Astro . Vokal memang marvelous la . #SitiNurhaliza
Menjengah ke ruang komen, ramai yang berpendapat bahawa TokTi masih nampak lemah-lembut meskipun sedang marah.
Bukan itu sahaja, rata-ratanya menegaskan TokTi bukanlah memarahi seperti menengking tetapi hanya bersikap tegas kerana komited dengan kerjanya di lapangan.
Sementara itu, TokTi sendiri telah memberi respon terhadap video tersebut dan berseloroh mengatakan itulah masanya peminat boleh tengok dirinya menjadi ‘singa’.
Hahahaha.. masa ni boleh tgk saya jadi singa🤣 https://t.co/FHgrXvW2yo
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) April 13, 2024
Ramai netizen turut geli hati melihat jawapan TokTi yang santai berhubung perihal tersebut.
Dalam perkongsian terkini, Siti Nurhaliza telah menjawab isu video tersebut yang tular. Beliau tidak menyangka salah satu detik belakang pentas yang disiarkan dalam Konsert Sebuah Epitome jadi ‘isu’ kepada sesetengah netizen.
“Bila baca komen, ala janganlah ambil seirus sangat. Saya tak marah pun, itu muka saya cuak atau cemas. Anda boleh tengok beberapa saat je lagi LED akan terbuka dan saya perlu menyanyi. Bayangkan kalau ear monitor yang saya pakai tak berfungsi. Ear monitor ni penting kepada penyanyi,” tulisnya.
“Setiap persembahan dan konsert ada cabaran dan pengalaman, kena cekap dan pantas menangani. Saya sendiri ada bermacam-macam pengalaman di belakang pentas dalam konsert-konsert sebelum ini. Ok.dah.tak ada apa pun. Chill,” penutup kapsyen di Instagram rasmi CTDK.