Pada 26 Mei lalu, BTS Meal telah mula dijual di Malaysia dimana mengandungi menu kegemaran kumpulan penyanyi BTS iaitu 10 keping nugget McDonald’s, air, kentang goreng, dan juga dua sos pilihan, sweet chili dan cajun.
Lantaran itu, PETA Asia iaitu sebuah organisasi hak haiwan terbesar dunia telah memuat naik gambar beserta kapsyen dimana ada peminat yang kecewa apabila BTS mempromosikan ‘ayam yang mati’ iaitu menu BTS Meal mengandungi nuget ayam.
Menerusi perkongsian tersebut juga, PETA Asia menegaskan bahawa nuget ayam tersebut dibuat daripada daging burung yang diseksa. Tambahnya, nuget ayam dalam BTS Meal menyebabkan banyak ayam terseksa dan mati semata-mata untuk makan ia.
Penyataan PETA Asia mendapat perhatian ramai terutama sekali ‘army’ dan rata-rata mengkritik tindakan PETA Asia yang memuat naik kenyataan seperti itu. Malah, ada yang mengatakan BTS tidak pernah mempromosikan gaya hidup vegan dan sangat menyukai daging.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan mereka menghormati pihak PETA Asia untuk tidak makan daging tetapi seharusnya pihak PETA Asia menghormati pilihan yang diambil orang biasa untuk nikmati daging.
Malah, cara yang ditunjukkan oleh PETA Asia untuk mengetengahkan gaya hidup sebagai vegan turut dikatakan melampau terutama sekali mengecam BTS yang mempromosikan makanan kegemaran mereka.
Untuk rekod, Malaysia menjadi negara Asia pertama yang mula menjual BTS Meal dan menu istimewa ini hanya tersedia pada waktu terhad sahaja. Bagi anda yang belum mendapatkan ia, bolehlah ke cawangan McDonald’s terdekat anda.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan BTS pada pautan di bawah ini.
Sudah Mula Dijual, ‘Army’ Serang McDonald’s Seawal 10 Pagi Kerana BTS Meal
Mendapat Sambutan Luar Biasa, ‘Reseller’ Ambil Kesempatan Jual Semula Bekas The BTS Meal
Selepas Set Makanan, Koleksi McDonald’s x BTS Edisi Terhad Pula Dijual Secara Rasmi