Pada hari semalam tular satu klip video CCTV menunjukkan seorang juruwang ditumbuk oleh seorang pelanggan wanita.
Menerusi kemas kini kes tersebut, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pergaduhan tersebut dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang mendakwa menunggu terlalu lama.
Baca Juga:
- ‘Cashier’ Hamil Bengkak Muka Ditumbuk Pelanggan Wanita
- Lelaki Ini Belanja RM12,000 Jahitkan Telekung Isteri Bertatah 5,000 Swarovski
- Tolak Tawaran Ratusan Ribu Ringgit, Ini Sebab Nabil Setia Pada Jakel
Tambah beliau lagi, pihaknya telah menerima kedua-dua laporan daripada mangsa dan si pelaku.
“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pada jam 3.17 petang kelmarin di sebuah premis dalam pusat beli-belah di Johor Bahru.
“Suspek dikatakan tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana terpaksa menunggu lama bagi membatalkan pembelian satu barang dibeli suspek.
“Susulan kejadian itu, suspek turut membuat laporan di Balai Polis Majidee pada jam 9.14 malam keesokan harinya. Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.