Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada usia 64 tahun.

Baginda berkongsi berita gembira itu di laman sosial TikTok @cmspahang sambil memuat naik foto memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization.

Baca Juga:

“Back to school, doakan saya,” tulisnya di ruang kapsyen.

Tunku Azizah Kini Bergelar Mahasiswa UIA Pada Usia 64 Tahun

Perkongsian itu turut menarik perhatian warga maya yang sempat berseloroh agar baginda jangan lewat buat assignment. 

Malah, ada yang teruja dan memberikan kata-kata semangat buat baginda.

“Tuankuuu, selamat menjadi mahasiswa IIUM. Semoga kita dapat bersua muka di mana2 Kulliyyah nanti. Aminnn..

“Wahh good luck tuanku! moga ada rezeki kita konvo sekali Amiin.

“Menjadi contoh kepada anak muda di luar Tuanku untuk terus kekal bersemangat menuntut ilmu. Daulat Tuanku,” tulis seorang pengguna TikTok di ruang komen.

Menurut info yang dikongsikan oleh Mingguan Wanita, baginda mendapat pendidikan menengah di Sekolah Tun Fatimah (1973-1979) sebelum menyambung pengajian di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Baginda kemudian menyambung pengajian Universiti Nasional Singapura dalam bidang Sains Politik dan Sosiologi.

Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) sebuah institusi penyelidikan dan pengajian pasca sarjana di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Status institusi ini boleh dikatakan elit kerana reputasinya sangat tersohor dikalangan ilmuan Islam moden dan juga kerana sumbangan ilmuan ISTAC-IIUM yang datang dari seluruh pelusok dunia.

Bahkan Baginda dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 31 Januari lalu.

Pelantikan semula Tunku Azizah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.