Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor kembali memberikan teguran terhadap bola sepak tanah air.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Tunku Mahkota Ismail bertitah bahawa Malaysia tidak layak untuk memiliki kelab bola sepak seperti JDT.

Baca Juga:

Tunku Ismail
Tunku Ismail

Menurut baginda, segelintir pihak masih tidak sedar dengan rekod dan sejarah dicipta JDT sepanjang 12 tahun ini.

Teguran Tunku Mahkota Ismail

“Kita terperangkap dengan orang yang tidak dapat membezakan. 12 tahun memecah rekod dan mencipta sejarah dalam dan luar padang. Namun mereka masih tidak sedar.

Tunku Ismail
Tunku Ismail

“Bola sepak Malaysia tidak layak untuk JDT. Mereka perlu kembali kepada pemikiran anak jati. Piala Malaysia lebih penting daripada liga, dan menolak Piala AFC. Fakta tidak pernah menipu.

“Kita terlalu pantas dan maju untuk mereka. Mereka tidak biasa,” titah baginda.