Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor menegaskan peminat bola sepak tanah air sepatutnya berbangga dengan kelab beliau.
Ini kerana JDT menjadi satu-satunya kelab dari Malaysia yang masih kekal bersaing dalam AFC Champions League Elite (ACLE) dan menyumbang mata ranking AFC MA untuk negara ini.
Baca Juga:
- ‘Sendiri Tak Bayar Gaji Tapi Salahkan FAM Dan MFL’ – Tunku Mahkota Ismail
- ‘Perkembangan Pemain Muda Tanggungjawab Kelab’ – Tunku Mahkota Ismail
- Tunku Ismail Dedah 7 Pemain Warisan Sudah Dikenal Pasti, Harap Kerajaan Bantu Dapatkan Pasport Malaysia
‘Mereka Patut Bangga’ – Tunku Mahkota Ismail

“Kitalah satu satunya kelab. Patut yang ada berasa bangga kita mewakili negara, Asia Tenggara dan memberi sumbangan dalam AFC MA Ranking.
“Ini tidak, nak kami keluar dari liga dan ‘condemn’ liga sendiri pasal tak puas hati.
“”Pasukan sendiri dan orang dalam pengurusan masing masing yang tak betul dengan pelbagai isu, salahkan liga dan badan induk.
“Kamu yang uruskan dana kamu, perancangan pasukan, pembangunan, dan infrastruktur tak betul, tapi ambil jalan mudah salahkan orang lain. Loser mentality dan tak bertanggungjawab,” kata baginda dalam satu hantaran di laman InstaStory miliknya.

Baru-baru ini, JDT menundukkan wakil Australia, Central Coast Mariners 2-1 dalam aksi kumpulan di Stadium Central Coast, New South Wales pada Selasa untuk mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya.
Kemenangan penting itu menyaksikan JDT kini menghuni tangga kelima dengan 11 mata.
Berdepan lawan yang jelas tidak berada di prestasi terbaik dalam kancah ACL Elite mahupun A League, JDT cukup bertenaga dengan menguasai permainan sejak wisel.
Pemain baharu, Alvaro Gonzalez tampil cemerlang dimana beliau menjaringkan gol pertama setelah menerima hantaran ‘cut back’ daripada Arif Aiman berjaya memberikan kelebihan buat JDT.
Kegembiraan itu bagaimanapun hanya mampu bertahan enam minit apabila Alou Kuol menyudahkan peluang terhidang hasil hantaran Brian Kaltack ketika situasi sepakan percuma untuk kembali mengikat kedudukan.
Enggan pulang ke Johor Bahru dengan hanya membawa satu mata, Alvaro sekali lagi menemui sentuhan jaringan pada minit ke-79 menerusi tandukan setelah menerima umpanan Heberty untuk menghadiahkan kemenangan bermakna buat JDT.