Mungkin ramai yang sudah tahu TV streaming boleh ditonton secara percuma menggunakan Kodi.

Kodi dahulunya dikenali sebagai XBMC, boleh dipasang pada banyak platform seperti Windows, Linux, Mac OS X, Android, iOS (jailbreak), Raspberry Pi dan lain-lain.

XBMC atau Xbox Media Centre dibangunkan di bawah lesen sumber terbuka adalah merupakan tempat sehenti untuk saluran-saluran yang menawarkan siri TV dan filem secara percuma dan sah.

kodi

Untuk lebih mudah, anda boleh membeli Android Box seperti Minix dan Getek.

Akan tetapi, jika anda mahu melakukannya secara percuma, anda boleh terus membaca artikel ini.

Pastikan anda sudah punya televisyen, laptop (atau telefon pintar), internet dan kabel HDMI (atau Chromecast).

Pemasangan Kodi

Pasang Kodi mengikut peranti atau platform yang anda gunakan.

Anda hanya perlu lawati laman web Kodi http://kodi.tv/download/ dan muat turun versi yang sesuai dengan peranti anda.

kodi-download

Pemasangan (installation) Kodi di Windows, Mac, dan telefon pintar Android amat mudah, anda hanya perlu ikut langkah demi langkah yang dinyatakan.

Menonton Di Kodi

Sejurus selepas anda memasang Kodi, anda boleh sudah mula menonton beberapa saluran televisyen percuma yang ditawarkan.

Contoh yang saya gunakan adalah untuk platform Windows.

1. Untuk mendapatkan senarai saluran yang ditawarkan hover ke Video > Add-ons.

Tonton TV Streaming Percuma Menggunakan Kodi

2. Pada halaman dibawah, ia akan kosong pertama kali. Anda perlu install Add-on. Untuk mendapatkan Add-on, tekan Get more.

Tonton TV Streaming Percuma Menggunakan Kodi

3. Pada halaman di bawah terdapat beratus-ratus saluran yang ditawarkan. Sukan, animasi, dekorasi rumah, drama – tepuk dada tanya selera. Dalam contoh ini, saya memilih Food Network. Klik.

Tonton TV Streaming Percuma Menggunakan Kodi

4. Maklumat lanjut saluran tv yang dipilih akan dipaparkan. Klik Install.

Tonton TV Streaming Percuma Menggunakan Kodi

Muat turun bermula.

Tonton TV Streaming Percuma Menggunakan Kodi

Tunggu sehingga saluran berstatus ‘Enabled’.

Tonton TV Streaming Percuma Menggunakan Kodi

5. Tekan ke belakang sehingga anda tiba di halaman seperti langkah 2. Klik.

Tonton TV Streaming Percuma Menggunakan Kodi

6. Pilih rancangan yang anda mahukan. Dalam contoh ini saya pilih Cake Wars.

Tonton TV Streaming Percuma Menggunakan Kodi

7. Pilih episod yang anda mahukan. Dalam contoh ini saya pilih episod Lego.

Tonton TV Streaming Percuma Menggunakan Kodi

8. Tadaa, anda sudah boleh mula menonton.

Tonton TV Streaming Percuma Menggunakan Kodi

Pemasangan Plugin/Add-on

Terdapat juga Add-On lain untuk menonton cerita atau filem yang lebih menarik.

Setiap add-on mempunyai cara pemasangan (installation) yang berbeza. Sila rujuk panduan Add-on masing-masing untuk maklumat lanjut.

Please take note, add-on sebegini mungkin tidak sah dari segi undang-undang.

Memasang Kodi Di Layar Besar

Apabila anda sudah tahu cara install dan akses Kodi daripada laptop, kini sudah tiba masanya untuk menyambungnya ke televisyen anda.

Cara paling murah adalah dengan menggunakan kabel HDMI daripada laptop anda ke televisyen.

Anda juga boleh menggunakan Chromecast. Pilih Cast screen/window (experimental). Rujuk artikel panduan Chromecast ini untuk maklumat lanjut.

Tonton TV Streaming Percuma Menggunakan Kodi

Anda boleh dapatkan Chromecast di Lazada.

Remote Control Dari Telefon Pintar

Saya pula lebih suka casting (papar ke televisyen) melalui Chromecast menggunakan telefon.

Dalam link ini ada diceritakan bagaimana untuk install dan menggunakan Kodi dari Chromecast di telefon atau tablet Android.

Bonus: iflix Percuma Setahun Untuk Pengguna Unifi Dan Streamyx

Tahukah anda iflix menawarkan akaun percuma selama setahun untuk pengguna Unifi dan Streamyx?

Tonton TV Streaming Percuma Menggunakan Kodi

Sekiranya anda mahu tahu bagaimana untuk menonton iflix di layar besar televisyen anda, sila komen ‘Nak iflix’. Saya akan menulisnya dalam edisi akan datang.

Terima kasih.

BACA: Tonton TV Streaming Berkos Rendah Menggunakan Netflix Dan Chromecast

Sumber