Susulan pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP) dan pengisytiharan darurat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah memberi peringatan agar semua pihak menjaga ‘kesopanan dan kesusilaan’ ketika menyuarakan pandangan.

Oleh itu, MCMC telah memberikan peringatan dalam satu kenyataan iaitu sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Selepas perkongsian peringatan tersebut, Twitter dibanjiri dengan tangkap layar ciapan-ciapan lama akaun MCMC yang bersifat jelik. Rata-rata netizen berkongsi tangkap layar tersebut dan turut menyuarakan pandangan mereka mengenai isu itu.

https://twitter.com/InjangNation/status/1348978286253154304

Malah, ada juga yang mendakwa bahawa akaun MCMC tersebut sebelum ini dibeli MCMC daripada seorang remaja dengan harga RM1,300. Remaja tersebut turut mengesahkan perkara tersebut. Para netizen turut berpendapat bahawa MCMC telah melanggar syarat Twitter kerana membeli akaun pengguna lain.

Menerusi satu kenyataan, pihak MCMC mendakwa akaun Twitter rasmi milik mereka telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah, pihak MCMC menegaskan ciapan-ciapan mencurigakan, pelik dan bersifat fitnah telah dimuat naik melalui akaun tersebut bukanlah dikeluarkan oleh MCMC.

EriRKsvUYAIK07g

Ketika ini, akaun rasmi Twitter telah digantung sementara waktu. Malah, tidak ada sebutan mengenai pemilik akaun asal dan penjelasan bagaimana ciapan itu berlaku sejak 2013.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Curi Duit Bernilai RM53 Juta Dan Padam Rakaman CCTV, Wanita Warga Malaysia Diburu Polis Korea Selatan

Sudah Habis Hujah, Janna Nick Label Netizen ‘Loser’ Selepas Bertikam Lidah Soal Filem Di Twitter

Risau PKP Yang Bakal Berlangsung, Barangan Di Pasar Raya Sekali Lagi Habis Diborong