Mempunyai akaun verified sudah pasti sesuatu perkara yang penting buat para influencer atau pun mereka yang ternama. Sementara platform media sosial lain hanya menitik beratkan jumlah pengikut untuk kekal disahkan, kini Twitter mengambil haluan dalam menjana pendapatan tambahan menerusinya.
Terbaharu, Twitter kini bakal pertimbangkan caj bulanan kepada pengguna yang mahu mengekalkan butang verified pada platform tersebut. Dengan implementasi ini, pengguna perlu melanggan Twitter Blue secara bulanan untuk kekal mempunyai tanda verified pada akaun peribadi di platform tersebut.
Baca Juga:
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
Difahamkan pelan Twitter Blue yang bakal diperkenalkan yang merangkumi tanda verified ini bakal ditawarkan pada harga $20 (~RM94.63) sebulan. Selepas ini, pengguna perlu melanggan secara berterusan sekiranya mahu kekal akaun disahkan atau pun tanda verified akan hilang.
Meskipun belum diperkenalkan pelan ini secara rasmi, sudah kedengaran keluhan pengguna yang tidak gemar dengan pendekatan yang diambil oleh Twitter itu.