Pengurus Borussia Dortmund, Edin Terzic tidak menghiraukan reputasi hebat dimiliki lawannya pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2023/24 iaitu Real Madrid.

Real Madrid pastinya turun pada awal pagi esok selaku pasukan pilihan dengan 14 kejuaraan dimenangi serta masih segar dengan kejayaan muncul juara LaLiga musim ini.

Baca Juga:

Manakala, Borussia Dortmund pula tidak begitu cemerlang dalam kancah domestik apabila sekadar menamatkan kempen Bundesliga di kedudukan kelima.

Melihatkan kepada keadaan tersebut, Terzic tidak menganggap ia sebagai satu masalah besar dan mengakui pasukannya kini sudah berubah.

“Kekuatan terbesar kami? Kami merupakan pasukan yang paling kurang dibolosi dalam pertandingan ini. Kami perlu untuk terus memastikan lawan berada sejauh yang mungkin daripada gawang.”

“Kami tidak berada di tahap terbaik apabila kami dibolosi pada September lalu tetapi kini kami telah berubah sepenuhnya dan menunjukkan kami sudah bersedia untuk merebut trofi ini.”

“”Kami tahu mereka setakat ini adalah pasukan paling berjaya dalam pertandingan ini. Kami hanya mengalami dua kekalahan musim ini, tetapi kami juga melihat kami bersedia untuk bersaing di peringkat tertinggi.”

“Mungkin mereka dianggap sebagai pasukan pilihan, tetapi kami juga bukan pilihan ketika menentang Atletico atau Paris [Saint-Germain].”

“Jika kami berani dan tidak datang ke sini untuk melihat Madrid memenangi trofi mereka yang seterusnya, maka kami akan mendapat satu peluang,” ujar Terzic menurut sumber laporan Goal.

 

Sumber