Betul ke ulasan Jason 100% jujur seperti didakwa oleh beliau sendiri dalam penjelasannya dalam video baru baru ini.

Seorang pemilik restoran dan juga influencer, Asraff Jeffery mendedahkan sama ada ulasan makanan dibuat oleh Jason jujur atau tidak berbayar seperti didakwa peminatnya.

Nama Jason mulai menjadi bualan ramai selepas dia dikecam oleh CEO Kaki Review kerana menurutnya ulasan terlalu jujur Jason membuatkan perniagaan orang lain lingkup.

Dituduh Terlalu Jujur ‘Review’ Sampai Jahanamkan Bisnes, Ini Respon Jason

Jason mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa dia adalah pengulas makanan bukannya promoter yang mempromosi makanan.

Ada netizen bertanya, betul ke Jason benar benar tidak dibayar untuk membuat ulasan?

Pemilik restoran Samurai Yakiniku, yang juga influencer, tampil mendedahkan bahawa Jason sebenarnya turut menyediakan perkhidmatan berbayar untuk mengulas makanan di sesebuah premis.

Ulasan Jason jujur ke?

Namun pemilik restoran atau peniaga yang mahu menggunakan pakej itu harus mengikut beberapa syarat diletakkan Jason.

Dia menceritakan berdasarkan pengalamannya berhubung dengan Jason. Pemilik restoran itu berkata

“Yang pertama, ulasannya adalah jujur. 100% daripada dia, kita tak boleh nak atur dia suruh dia beritahu audience makanan tu sedap.

“Dan kalau dia makan, makanan tu tak sedap kita kena terima dia punya video seadanya. Dan kalau dia kritik kita punya kedai pun kita kena terima seadanya.

“Syarat yang kedua pula, dia berkata Jason tidak akan datang ke kedai dan memperkenalkan dirinya sebagai pempengaruh hanya untuk mendapatkan layanan istimewa.

“Jadi dia akan beratur seperti pengunjung yang lain. Dan merasai sendiri pengalaman seperti pelanggan lain di kedai tersebut.

“Jason juga meminta agar pemilik restoran tidak menetapkan masa untuknya datang ke premis membuat review sebaliknya dia akan datang pada bila-bila masa yang dia mahu.”

reviewer

Pemilik restoran tersebut menyatakan mungkin ada tertanya tanya kenapa video ulasan Samurai Yakiniku tak ada dalam ruang TikTok Jason?

Kenapa tiada nama Samurai Yakiniku dalam ulasan Jason?

Menurutnya, kerjasama dengan Jason ketika ini terpaksa ditangguhkan kerana kekangan masa oleh Jason yang ada projek lain.

Akhir sekali Asraff Jeffery menasihati netizen untuk tidak 100% bergantung kepada ulasan dibuat oleh influencer. Sebaliknya boleh cuba sendiri datang ke sesuatu premis itu untuk mencuba sendiri.

Ini kerana tekak setiap manusia itu berbeza menurutnya.

@asraffjeffery

Ini pengalaman saya deal dengan Jason,adakah betul review dia jujur? Kenapa video @samuraiyakiniku tiada di tiktok Jason?

♬ Epic News – DM Production

Penjelasan tersebut jelas membuatkan netizen kagum dengan ulasan Jason dengan menyatakan bahawa, Jason masih lagi antara pengulas makanan yang tidak terikat dengan ‘fake review’ untuk menyatakan sesuatu itu sedap sedangkan dia sendiri rasa makanan itu tidak sedap.

Menurut mereka tidak salah Jason mengenakan caj ke atas khidmat ulasan yang dia buat jika ada yang memerlukan. Dan pada masa yang sama ulasan Jason menurut mereka lebih menarik dan kosa kata yang lebih banyak dalam bidang ulasan makanan.

makanan
Sumber Gambar: Munch

Selain itu mereka juga menganggap dalam ulasan Jason, influencer itu berhak untuk memberikan pandangannya terutama sekali untuk produk yang dia beli dengan duit sendiri.

Mereka juga akui suka mendengar Jason jujur dalam memberikan pandangan sama ada sesuatu makanan itu jimat untuk wang atau ‘Mahal nak mampuiii’.