Ultras PSG melawan arus dimana mereka menjadi kumpulan penyokong terkini yang melaungkan sokongan kepada rakyat Palestine yang sedang melawan kekejaman regim zionis.

Dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (ECL) antara Paris Saint-Germain menentang Atletico Madrid baru-baru ini, Ultras PSG menaikkan kain rentang yang bertulis ‘bebaskan Palestine’.

Baca Juga:

Selain Palestine, kumpulan penyokong itu turut memberikan sokongan terhadap rakyat Congo yang sedang berdepan isu perang saudara yang setakat ini telah mengorbankam ribuan penduduk.

“Bebaskan Palestine. Perang di atas padang tetapi perdamaian di muka bumi.

“Perang yang terlupakan dan membunuh setiap hari. Bebaskan Congo.

“Apakah nyawa seorang kanak-kanak Gaza tidak berharga dibandingkan kanal-kanak lain?,” dipetik dari kain rentang di dalam stadium.

Sebelum ini, kumpulan penyokong Celtic iaitu The Green Brigade atau Briged Hijau turut menyuarakan sokongan mereka terhadap rakyat Palestine dalam perlawanan UCL menentang Dortmund.

Briged Hijau telah lama menjadi penyokong perjuangan Palestin kerana situasi di Timur Tengah itu sejak dari dulu lagi. Ini ditambah dengan situasi semasa yang terus meruncing.

Mereka juga menjadi ultras yang sudah beberapa kali didenda atau yang paling banyak didenda kerana solidariti ke atas Palestin.

Kelab Celtic sendiri sebelum ini mengeluarkan arahan agar tiada lagi solidariti seperti itu dibuat. Namun penyokong mereka membidas kelab yang dianggap tidak ada akal dan budi dalam perkara itu.

Semalam sebahagian penyokong boleh dilihat berpakaian putih dengan penutup muka dan kemeja-T yang tertera “Bebaskan Palestin” ketika mereka menerangi stadium dengan suar mereka. Mereka turut melaungkan Bebaskan Palestin.

Mereka tidak peduli dengan amaran UEFA kepada mereka sebelum ini. Di mana UEFA tidak membenarkan sebarang kempen yang berkaitan dengan konflik di Timur Tengah kerana ianya dianggap campur tangan dalam isu politik dalam bola sepak.