Umat Islam di Malaysia akan menyambut hari Raya Aidilfitri pada esok (Rabu 10 April 2024).
Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
Baca Juga:
- 5 Hari Lebih Awal, Jemaah Muslim Jogjakarta Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Ini
- Bukit Aman Tak Tolak Kemungkinan Lelaki Israel Rancang Serangan Pada Hari Raya
- Converse Malaysia Pilih Jenama Ilustrasi Monkiddo Untuk Kolaborasi Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” ujarnya.
Pengumuman tarikh 1 Syawal itu dibuat menerusi siaran di televisyen.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua!