Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah bermula 8 Januari ini susulan peningkatan kes Omicron dalam kalangan jemaah.
Pengumuman tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mempersoalkan tindakan kerajaan. Mana tidaknya, kini penularan kes varian Omicron di United Kingdom juga makin meningkat tetapi tidak pula disekat perjalanan.
Baiklah, umrah dihentikan seketika, saya setuju.
Langkah sama perlu juga dikenakan kepada pengembara yang sesaja gatal nak jalan London sekarang, macam lah London tu nak runtuh sehari dua lagi.
My point is, tak perlu lah unnecessary travel utk suka suki sekarang ni.
— Izwan Azir Saleh 🇲🇾 (@IzwanAzirSaleh) January 1, 2022
Sedihnya bila dapat latest update my Umrah trip early February ‘22 ni nanti sudahpun ditunda dan belum ada tarikh yang pasti lagi bila Jemaah Malaysia nak boleh fly. Serious rasa terus down.
— Ejad Shukri (@ejadshukri) January 2, 2022
Dh ckp tutup boarder, korang VVIP sebok nk kluar kesana kesini, shopping sana sini. Buat Umrah bagai mcm xboleh delay. Bodoh ke tak tahu kt luar tu virus blambak lagi. Dh bawak masuk dlm malaysia baru la terhegeh2 BeKeMUngkiNAn Gel0MB4Ng bleh bleh. https://t.co/VHwFNksbum
— 🏴PU حازكيم (@Vegapunk09) January 2, 2022
https://twitter.com/shvhrl/status/1477542220752252928
Tidak hanya itu, ramai yang meluahkan kekecewaan kerana hasrat menunaikan umrah terpaksa dibatalkan. Malah, orang ramai mahu perjalanan keluar masuk ke negara lain tanpa urusan penting turut disekat bagi mengelakkan kemasukan varian baru ke dalam negara.
Akan tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa keputusan yang dibuat berdasarkan statistik penggembara yang positif COVID-19 daripada sesuatu destinasi dan tidak adil pukul rata semua negara kerana banyak pihak akan terkesan.
Menurut statistic, penularan varian Omicron di United Kingdom telah mencapai 78% dimana ia penularan tertinggi selepas varian Delta yang hanya menular sebanyak 22% sahaja.
Menurut laporan, semua industri yang terlibat dengan perkhidmatan umrah dijangka menanggung kerugian RM60 juta dalam tempoh sebulan ini. Menurut Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Dan Haji (Papuh) Datuk Seri Razali Mohd Sham, setakat ini seramai 10,000 jemaah sudah berdaftar untuk menunaikan umrah bermula bulan ini.
Lalu, agensi tersebut bakal menanggung kerugian RM60 juta apabila mereka ini tidak dapat menunaikan umrah. Jika ia berlanjutan lagi dalam tempoh tiga bulan, jumlah kerugian akan meningkat sehingga RM200 juta dan sebab itu Papuh meminta kerajaan menunda keputusan itu bagi tempoh sebulan lagi.
Sementara itu, klik pautan di bawah untuk ketahui keputusan kerajaan berkaitan penangguhan perjalanan umrah.
Kes Omicron Libatkan Jemaah Meningkat, Kerajaan Tangguh Sementara Umrah Mulai 8 Januari Ini
‘Kemungkinan Besar Gelombang Omicron Akan Mula Di Malaysia’ – Khairy Jamaluddin