UNDEFEATED memulakan sambutan ulang tahun ke-20 mereka dengan penuh bergaya.
Pada pertengahan hingga akhir Februari, mereka melancarkan kolaborasi pertama mereka dengan Nike Zoom Spiridon dalam warna ‘Thunder Blue’, yang dijual secara eksklusif di cawangan mereka di Amerika Syarikat.
Hanya 1,000 pasang dihasilkan untuk warna Thunder Blue dan diagihkan di butik UNDEFEATED seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Tidak terhenti di situ, mereka turut bakal melancarkan koleksi eksklusif Air Zoom Spiridon edisi kedua selepas ‘Thunder Blue’ yang sold out sebelum ini.
Edisi kedua ini terus meraikan salah satu ikon dalam budaya jalanan dengan dua warna baharu yang berani: ‘Cargo Khaki’ dan ‘Phantom’.

Warna ‘Phantom’ menampilkan mudguard warna light cream, mesh netting hitam dan lidah kasut ballistic nylon berwarna hijau zaitun.
Warna ‘Cargo Khaki’ pula lebih minimalis menampilkan gabungan warna hitam dan hijau dengan sedikit hint warna oren.
Jarang muncul model Spiridon dengan warna menarik dan ditambah lagi dengan logo UNDEFEATED, kasut ini pasti akan menjadi rebutan peminat.
Model ini akan dijual pada harga RM729 kepada umum Sabtu ini di butik UNDEFEATED Malaysia di Mid Valley Megamall & TRX dan semestinya dalam kuantiti terhad.
Nama: UNDEFEATED x Nike Air Zoom Spiridon
Warna: Phantom/Black/Light Cream & Black/Cargo Khaki
Harga: RM729
Tarikh: 22 Mac (Sabtu)
Lokasi: UNDEFEATED Mid Valley Megamall & TRX
Sampul Duit Raya UNDEFEATED Edisi Khas

Sempena Hari Raya yang bakal tiba, anda akan dapat sampul duit raya khas jika anda berbelanja RM499. Pembelian ini tidak sekadar untuk kasut tetapi juga untuk apparel. Nak pakai pun sayang sebab cantik sangat sampulnya ❤️