Penyokong Harimau Malaya sudah pasti tidak sabar untuk menanti aksi pasukan kebangsaan dalam kancah Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia di Qatar tahun hadapan.

Tetapi jika anda seorang peminat setia bola sepak Malaysia, rebutlah peluang mendapatkan barangan Harimau Malaya edisi terhad yang diberikan khas dengan setiap pembelian Pek Permulaan Prabayar edisi Harimau Malaya.

Tahukah anda sejak Oktober 2023, Telekom Malaysia (TM) syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia telah menjadi Rakan Kongsi Teknologi Rasmi FAM dan Harimau Malaya. Sejak termeterai kerjasama antara dua pihak ini, pelbagai tawaran telah diperkenalkan bagi menyemarakkan lagi kancah bola sepak Malaysia.

Barangan Harimau Malaya Edisi Terhad Dari Unifi Mobile

Terbaharu, TM, melalui Unifi Mobile melancarkan kempen khas yang akan berlangsung dari 1 Disember 2023 sehingga 31 Januari 2024. Peminat setia Harimau Malaya berpeluang untuk merebut barangan Harimau Malaya Edisi Terhad, iaitu Kad Koleksi dan Pek Permulaan Prabayar.

TM berbesar hati menawarkan dua pilihan menarik untuk peminat setia Harimau Malaya.

Pilihan 1: Dapatkan Pek Permulaan Prabayar Harimau Malaya Edisi Terhad serta tambah nilai RM100 untuk melayakkan diri menerima Kad Metal Harimau Malaya Edisi Terhad. Kad Metal ini boleh didapati dalam dua reka bentuk tersendiri dan diedarkan secara rawak dan terhad. Sementara stok masih ada.

Pilihan 2: Dapatkan Pek Permulaan Prabayar Harimau Malaya Edisi Terhad serta langgan Pelan Bulanan Tanpa Had RM35 untuk melayakkan diri menerima Kad Pemain eksklusif Harimau Malaya. Kad Pemain juga didatangkan dalam dua reka bentuk unik dan diedarkan secara rawak dan terhad. Sementara stok masih ada.

Di mana nak dapatkan tawaran ini? Mudah sahaja, anda boleh mendapatkannya di mana-mana cawangan TMpoint, Unifi Stores atau beli sahaja di pengedar sah TM terpilih. Sementara stok masih ada.

Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan barangan edisi terhad Harimau Malaya dan daftar UNI5G sekarang! Untuk maklumat lanjut, boleh lihat di sini.