Manchester United bayar secara ansuran untuk mendapatkan bintang Wolves, Matheus Cunha.

Manchester United bakal umumkan Matheus Cunha sebagai pemain baharu mereka tidak lama lagi.

Manchester United dan Wolves dilaporkan sudah mencapai kesepakatan pakej harga untuk Matheus Cunha.

Bagi pihak pemain, Cunha memang tidak ada masalah dengan tawaran Manchester United. Cunha sudah lama setuju dengan syarat dan terma peribadi untuk menyertai Man United.

Pemain antarabangsa Brazil itu menjadi sasaran utama Ruben Amorim.

Ruben Amorim
Soccer Football – Europa League – Manchester United v Bodo/Glimt – Old Trafford, Manchester, Britain – November 28, 2024 Manchester United manager Ruben Amorim applauds fans after the match REUTERS/Molly Darlington/File Photo

Cunha sudah memberikan bayangan sebelum ini bahawa dia mahu menyertai Manchester United.

Ini kerana menurut Cunha, Manchester United adalah kelab terbesar di dunia.

Cunha Mahu Sertai Manchester United, Kelab Terbesar Di Dunia

Cunha gembira dengan peranan yang bakal dia mainkan dalam projek Amorim di Old Trafford selepas dia menyertai kelab itu.

Man United bayar secara ansuran

Menurut Fabrizio Romano, Manchester United bayar secara ansuran untuk mendapatkan Matheus Cunha. Harga keseluruhan adalah £62.5 juta – yang merupakan klausa pelepasan pemain itu.

Manchester United perlu berhati hati dalam perbelanjaan kelab mereka. Kerana pasukan tersebut berdepan dengan beban gaji pemain dan juga hutang yang agak tinggi.

Cunha berikan tambahan kekuatan serangan

Kehadiran Cunha diharap akan dapat menguatkan lagi bahagian serangan Manchester United. Cunha boleh bermain di  kesemua posisi penyerang terutama sekali bahagian sayap.

Dia juga pemain yang boleh bermain di posisi no.10 dan no.8. Keupayaan Cunha yang serba boleh ini yang ditagih oleh Ruben Amorim.

Dia juga merupakan pemain antarabangsa skuad kebangsaan Brazil. Kehadirannya dalam pasukan sebesar United akan meningkatkan lagi peluangnya untuk menjadi pemain utama negaranya.