Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) Kerajaan Sarawak yang akan dilaksanakan pada tahun 2026 merupakan inisiatif bersejarah yang bertujuan untuk memperluas akses kepada pendidikan tinggi berkualiti bagi anak Sarawak yang layak.
Menerusi hantaran X.com @cyrildason, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee kongsikan senarai universiti tersebut.
Baca Juga:
- Khas Untuk Anak Sarawak Tahun Pertama IPTA & IPTS, Ini Cara Tebus MacBook Percuma Di Switch
- Sarawak Buka Pintu Pekerjaan untuk Tenaga Mahir Indonesia
- Sarawak Dakwa Petronas Beroperasi Secara Haram
Sarawak js announced that 22/25 courses in Swinburne Uni Sarawak (Kch) will be free for Sarawakians, 15/18 courses in Uni Technology Sarawak (Sbw) will be free, and Curtin Uni (Myy) will offer 21/28 courses for free to Sarawakians.
Oil money well spent 💪🏻
Video source: SS pic.twitter.com/uY2iNZhjMo
— Cyril Dason (@cyrildason) June 30, 2025
Majoriti kursus ditawarkan universiti untuk anak Sarawak adalah percuma
Menurut Datuk Dr Annuar, Swinburne University of Technology Sarawak Campus menawarkan 22 daripada 25 kursus percuma.
University of Technology Sarawak pula 15 daripada 18 kursus, manakala Curtin University Malaysia sebanyak 21 daripada 28 kursus.
“Daripada jumlah kursus daripada ketiga-tiga universiti itu, 82% kursus yang ditawarkan universiti tersebut adalah percuma pada tahun hadapan,” kata beliau.
Difahamkan kursus-kursus universiti yang tersenarai di bawah skim pendidikan percuma akan disemak dari semasa ke semasa oleh panel bebas yang terdiri daripada pakar dari UiTM dan UPM Cawangan Sarawak, bagi memastikan kursus-kursus tersebut memberi manfaat kepada tenaga kerja Sarawak.